MALAM Sastera Berita Harian (BH) yang diadakan buat julung-julung kalinya oleh akhbar berbahasa Melayu Singapore Press Holdings (SPH) telah mendapat sambutan hangat semalam.
Selain 14 penyair Singapura yang mendeklamasikan sajak-sajak mereka, penyanyi legenda Ramli Sarip juga tidak ketinggalan untuk turut serta dengan mendendangkan lagu-lagu puisinya.
Persembahan beliau telah memukau sekitar 200 penonton yang hadir di Audiorium SPH itu.
Ikuti klip video beliau ini yang mendendangkan lagu Bukan Kerana Nama.
Video ini diambil menggunakan telefon bijak Samsung.