Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

TP jalin kerjasama dengan Yayasan Temasek, e2i lakukan ujian Covid-19

Langkah sokong permintaan bagi lebih ramai teknisyen makmal khusus
tp
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



Sedang Singapura terus berjuang melawan Covid-19, terdapat keperluan mendesak untuk memastikan pengujian virus itu tersedia di seluruh negara. Bagi menyokong permintaan untuk lebih banyak teknisyen makmal khusus, Yayasan Temasek menyatukan Politeknik Temasek (TP) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC untuk membangunkan kursus dua minggu yang dipanggil Latihan Pengujian Virus RNA berasaskan Molekul. BERITA HARIAN mengongsi pengalaman dua peserta latihan itu dalam laporan berikut. 




POLITEKNIK Temasek (TP) menyasarkan untuk melatih 240 individu cara melakukan pengujian Covid-19 dalam kursus dua minggunya menjelang hujung bulan ini.



Program berjudul Pengujian Virus RNA berasaskan Molekul itu telah dibangunkan oleh TP bersama-sama Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC dan Yayasan Temasek untuk menyokong permintaan bagi lebih ramai teknisyen makmal khusus.



Kurikulum kursus tersebut dilakar oleh kakitangan Sekolah Sains Gunaan TP dan melatih peserta melalui pembelajaran dalam dan luar talian serta sesi amali.



Antara lain, peserta diajar kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bekerja dalam makmal diagnostik molekul bagi pengesanan virus.



Latihan itu melibatkan penggunaan peralatan diagnostik molekul automatik yang disumbangkan oleh Yayasan Temasek.



Kursus itu, yang dikendalikan buat kali pertama 14 September lalu, terdiri daripada latihan satu minggu di TP dan latihan sambil kerja di makmal yang bekerjasama dengan Yayasan Temasek untuk menyokong usaha pengujian Covid-19.



Latihan itu memberi peluang kepada lulusan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) meningkatkan atau memperbaharui kemahiran untuk menyokong permintaan kerja di makmal pengujian dan hospital serata negara.



Ia juga merupakan peluang bagi ahli teknologi makmal dan penolong makmal perubatan mengetahui lebih lanjut cara makmal mengendalikan pengujian Covid-19.



Warga dan Penduduk Tetap Singapura boleh menikmati pembiayaan SkillsFuture Singapura (SSG) hingga 90 peratus bagi kursus itu, tertakluk kepada syarat dan terma.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Temasek, Encik Ng Boon Heong, berkata pihaknya berbesar hati mendapat kesempatan menyokong institusi pengajian tinggi seperti TP, e2i dan sektor perubatan swasta untuk membangunkan, melatih dan mengekalkan kumpulan ahli teknologi makmal yang lebih besar.



"Ini akan meningkatkan kekuatan makmal ujian Singapura, membolehkan kemudahan sedemikian memenuhi permintaan bagi usaha pengujian Covid-19 negara yang lebih luas, untuk menjadikan masyarakat kita lebih selamat.



"Kami juga berharap agar kursus seperti ini dapat memberikan peserta set kemahiran yang sesuai dengan permintaan industri, yang membolehkan mereka melakar haluan kerjaya baru yang menarik sedang kita keluar daripada pandemik ini," kata Encik Ng.



Sekiranya terdapat permintaan besar bagi latihan itu, TP berkata ia akan mengongsi bahan latihannya dengan kakitangan daripada Politeknik Singapura (SP) dan Politeknik Republic (RP).



Kedua-dua politeknik itu telah menawarkan makmal dan kakitangan mereka bagi menyokong program tersebut.



TP juga akan menjalankan kursus latihan bagi kakitangan SP dan RP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >