Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TP keluarkan 71 saman terhadap pemandu atas pelbagai kesalahan trafik

Mar 27, 2021 | 07:15 PM



SEJUMLAH 71 saman dikeluarkan oleh Polis Trafik (TP) dalam satu operasi terhadap pemandu kenderaan di atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu melebihi had laju .



Operasi itu dijalankan antara 22 dengan 27 Mac bersama-sama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) , menurut satu kenyataan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) .



Semasa operasi itu, LTA turut menemui 54 kesalahan berkaitan pengubahsuaian haram seperti penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi syarat dan sistem ekzos yang diubahsuai.



TP berkata ia memandang serius pemandu yang memilih untuk melanggar peraturan trafik dan menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.



"Selain penguatkuasaan, TP akan meneruskan usaha pendampingan dan pendidikan untuk mengingatkan pemandu agar mengamalkan RoadSense yang baik ketika menggunakan jalan raya.



"Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. TP juga mahu menggesa semua pemandu agar memainkan peranan mereka dalam menjadikan jalan raya Singapura lebih selamar untuk semua orang, " katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >