MULAI semalam hingga 31 Julai tahun depan, penduduk warga senja Singapura boleh mendapatkan pelan data komersial TPG Telecom pada harga promosi serendah $5 sebulan.
Syarikat telekomunikasi terbaru di Singapura melancarkan pelan mudah alih "Seniors Go Digital" semalam sebagai sebahagian daripada inisiatif nasional untuk menghubungkan warga senja dalam talian.