PENGUNDURAN Amerika Syarikat daripada Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) mengemukakan rintangan kepada perjanjian perdagangan yang besar, namun Singapura akan terus berusaha menggalak perdagangan berasaskan peraturan dan undang-undang.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan), Encik Lim Hng Kiang, semalam memberitahu Parlimen bahawa baki 11 anggota TPP perlu mengkaji semula nilai perjanjian sedemikian tanpa kehadiran Amerika (anggota ke-12 TPP), dan mempertimbang manfaat perjanjian kepada ekonomi mereka.