Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TraceTogether papar pas hijau bagi percepat pemeriksaan

Nov 12, 2021 | 05:30 AM



ANIMASI memerang dengan latar belakang hijau kini akan dipaparkan dalam pas daftar masuk SafeEntry bagi sesetengah pengguna aplikasi TraceTogether jika mereka sudah divaksin atau mempunyai status ujian negatif.



Memaklumkan kemas kini aplikasi itu di laman web TraceTogether semalam, GovTech berkata animasi itu boleh dilihat oleh pengguna yang menggunakan aplikasi versi 2.11 dan ke atas.



Mereka yang menggunakan versi lama aplikasi itu boleh mengemas kini kepada versi terbaru.



"Pas hijau dan putih direka untuk membolehkan pengguna segera masuk ke tempat tertentu yang memeriksa status Vaksinasi atau Ujian," kata GovTech, sambil menambah bahawa latar belakang hijau akan membolehkan kakitangan melihat pas itu dari jauh dan melakukan pengesahan lebih cepat.



Agensi itu berkata animasi memerang akan membolehkan kakitangan di tempat itu untuk memastikan dengan mudah bahawa orang yang mendaftar masuk itu tidak menggunakan tangkapan skrin.



Untuk mendapatkan latar belakang hijau, yang juga dikenali sebagai pas hijau, seseorang mesti mempunyai status sudah divaksinasi) di skrin utama aplikasi TraceTogether atau status ujian yang menunjukkan keputusan negatif jika ia diperlukan.



Mereka yang mempunyai pas hijau hanya perlu menunjukkan halaman itu kepada kakitangan di tempat itu, dan tidak perlu ketik kembali ke skrin utama aplikasi mereka.



Mereka yang tidak divaksinasi dan tidak mempunyai status ujian yang negatif akan mempunyai latar belakang putih di skrin daftar masuk mereka, juga dikenali sebagai pas putih.



Mereka perlu memberikan sebab atau dokumen untuk dibenarkan masuk ke tempat yang memerlukan pemeriksaan status vaksinasi atau ujian.



Pas putih juga akan muncul untuk mereka yang menggunakan fungsi daftar masuk secara berkumpulan, kata GovTech, atas "sebab privasi dan keselamatan".



Dalam kes sedemikian, semua orang dalam kumpulan itu perlu menunjukkan kepada kakitangan status vaksinasi dan ujian masing-masing selepas mereka menunjukkan pas daftar masuk kumpulan.



"Kami faham ini mungkin menimbulkan kesulitan, tetapi privasi dan keselamatan data anda diutamakan," kata GovTech.



Pas hijau dan putih hanya ditunjukkan apabila seseorang mendaftar masuk menggunakan kod QR SafeEntry.



Daftar masuk yang dilakukan dengan menyentuh Kotak Gerbang SafeEntry atau Aplikasi Perniagaan SafeEntry tidak akan memaparkan pas tersebut.



Daftar masuk dengan SafeEntry menjadi wajib sejak 12 Mei tahun lalu, untuk membantu penjejak kontak untuk pantas mencari kenalan rapat kes yang dijangkiti.



Isnin lalu, pengarah perkhidmatan perubatan Singapura Profesor Madya Kenneth Mak ditanya sama ada pengesanan kontak masih dijalankan memandangkan jumlah kes harian yang tinggi dan sedang Singapura berusaha hidup dengan Covid-19 yang endemik.



Profesor Madya Mak berkata waktu itu pengesanan kenalan masih diteruskan, tetapi kini dilakukan dengan cara yang lebih disasarkan, memberi tumpuan kepada kelompok dan tempat yang mempunyai orang yang mudah terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >