Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trafik di Little India dijangka sesak hujung minggu Deepavali: Polis

Nov 05, 2020 | 07:55 PM



POLIS berkata keadaan lalu lintas yang sesak dijangka berlaku di Little India pada hujung minggu sambutan Hari Deepavali.



Perayaan Deepavali jatuh pada 14 November ini.



Dalam satu kenyataan Khamis (5 Nov) malam, polis berkata, keadaan lalu lintas mungkin sesak pada malam Deepavali, dan pegawai pembantu polis akan dikerah sepanjang jalan dan persimpangan terjejas untuk mengawal keadaan trafik.



Polis turut menggesa pemandu kenderaan supaya merancang perjalanan alternatif sebaik mungkin. Mereka yang memandu di kawasan berkenaan harus berhati-hati.



Tindakan penguatkuasaan yang tegas pula akan diambil terhadap mereka yang meletakkan kenderaan secara haram, kata polis.



Orang ramai juga perlu sentiasa berwaspada terhadap kegiatan jenayah dengan tidak meninggalkan barang berharga mereka tanpa diawasi.



Mereka turut dinasihatkan supaya tidak memakai barang kemas atau membawa wang tunai berlebihan selain berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >