Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trafik di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas hampir paras pra-Covid-19: ICA

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



ALIRAN trafik sepanjang hujung minggu lalu - Sabtu dan kelmarin - menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas telah kembali kepada sekitar 84 peratus paras sebelum Covid-19.



Semasa waktu sesak, jumlahnya mencapai paras pra-Covid-19.



Menyatakan demikian dalam kenyataan medianya semalam, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan bahawa lebih sejuta orang telah melalui kededua pusat pemeriksaan pada masa yang sama, dengan sekitar 359,000 laluan dicatat setiap hari.



Sepanjang hujung minggu lalu di Pusat Pemeriksaan Woodlands, trafik keberangkatan amat sesak sehingga ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE) akibat kesesakan dari Koswe, kata kenyataan itu.



"Semasa musim cuti pada 2019, anggaran masa menunggu bagi mereka yang berlepas atau tiba dengan kereta melalui pusat pemeriksaan darat adalah sekitar tiga jam.



"ICA jangkakan trafik sesak yang berterusan di kededua pusat pemeriksaan darat menjelang musim cuti akan datang dan kesesakan dijangka mencecah sehingga kededua BKE dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE)," kata kenyataan itu lagi.



Lantas mereka yang ingin melalui pusat pemeriksaan darat dengan menggunakan kereta atau bas pada musim cuti ini dinasihatkan agar mengambil kira masa tambahan bagi pelepasan imigresen memandangkan jumlah trafik biasanya tinggi dan penangguhan yang lama boleh dijangkakan.



Dalam kenyataan itu, ICA menasihatkan agar para pengguna kenderaan memeriksa situasi trafik di pusat-pusat pemeriksaan menerusi laman One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), atau menerusi Sistem Pemantauan dan Nasihat Ekspreswe yang dipasang di sepanjang BKE dan AYE sebelum memulakan perjalanan.



Para pengguna kenderaan juga boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi akaun Facebook dan Twitter ICA, serta siaran radio setempat.



Para pengguna kenderaan juga diingatkan agar mengelak daripada memotong barisan memandangkan ini boleh menyebabkan kesesakan teruk dan menjejas keselamatan pengguna kenderaan lain.



Justeru pengguna kenderaan dinasihatkan agar mematuhi peraturan trafik, mengekalkan disiplin laluan, dan bekerjasama dengan para pegawai yang bertugas.



"Mereka yang melancong dengan menaiki bas yang boleh gunakan laluan automatik di dewan penumpang dinasihatkan berbuat demikian," kata kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >