Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trafik dijangka sesak di Koswe, Tuas dek cuti Hari Vesak

May 13, 2022 | 05:30 AM



MEREKA yang ingin merentas sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia pada hujung minggu ini boleh menjangkakan lalu lintas yang sesak di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam.



Ini dek cuti Hari Vesak pada hujung minggu ini.



Trafik menuju ke seberang Tambak dijangka sesak antara hari ini dengan esok, dan mereka yang tiba di Singapura antara lusa dengan Isnin juga boleh menjangkakan masa menunggu lebih lama.



ICA berkata: "Semasa kemuncak cuti Hari Vesak pada 2019, pelawat yang berangkat dari Singapura melalui pusat pemeriksaan darat perlu menunggu hampir tiga jam.



"Bagi hujung minggu panjang akan datang ini, pelawat dinasihatkan untuk mengambil kira masa tambahan bagi pelepasan imigresen, dan untuk memeriksa keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan mereka."



Semasa hujung minggu panjang lalu sempena Hari Pekerja dari 29 April hingga 2 Mei lalu, lebih 950,000 orang menggunakan dua pusat pemeriksaan darat itu antara Singapura dengan Malaysia.



Ia merupakan cuti umum yang pertama sejak sempadan darat dibuka sepenuhnya pada 1 April - kali pertama dalam dua tahun individu yang sudah divaksinasi sepenuhnya boleh membuat perjalanan secara bebas antara Singapura dengan Malaysia melalui jalan darat tanpa perlu menjalani ujian atau kuarantin.



Bagi hujung minggu ini, ICA menjangkakan trafik dari Singapura dijangka sesak mulai hari ini, antara 3 petang dengan 11.59 malam, dan antara 6 pagi dengan 10 pagi, serta 4 petang dengan 9 malam esok.



Apabila memasuki Singapura, trafik sesak boleh dijangkakan lusa, antara 5 petang dengan 7 malam, dan pada Isnin antara 1 petang dengan 11.59 malam.



"Pelawat…dinasihatkan untuk menyesuaikan rancangan perjalanan mereka untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan trafik jika boleh," kata ICA.



Mereka juga boleh menggunakan khidmat bas rentas sempadan dan tidak memandu ke Malaysia menggunakan kenderaan privet, tambah ICA.



Polis trafik akan dikerahkan di persimpangan penting menuju ke pusat pemeriksaan darat untuk memastikan disiplin jalan raya, dan pelawat dinasihatkan memberi kerjasama dengan arahan dan kekal di lorong mereka.



ICA juga mengingatkan pemilik kereta berdaftar di Singapura yang berangkat dari sini, untuk memastikan sekurang-kurangnya tiga suku tangki minyak mereka penuh sebelum tiba di pusat pemeriksaan, atau mereka berisiko disuruh patah balik.



Pelawat juga mesti mempunyai pasport yang sah, dengan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh luput, dan permit yang diperlukan.



"Pelawat juga diingatkan agar tidak membawa masuk barang yang dilarang. Mereka yang membawa barang yang boleh dikenakan cukai atau terkawal, mesti secara proaktif membuat pengisytiharan kepada pegawai kami sebelum diperiksa," tambah ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >