Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Trafik jam di Koswe selepas pemandu Malaysia masuk S'pura tanpa diperiksa

Jan 22, 2014 | 02:20 PM

TRAFIK menuju ke Singapura sesak di Koswe tengah hari tadi, sehari selepas pihak berkuasa polis dan imigresen berkata seorang pemandu wanita warga Malaysia melepasi masuk pusat pemeriksaan negara ini tanpa diperiksa dengan mengekori rapat sebuah kenderaan.

Kamera-kamera trafik menunjukkan keadaan sesak di Koswe di bahagian menuju ke Singapura, tetapi lalu lintas menuju ke Johor Bahru licin.

Bagaimanapun, di pusat pemeriksaan Tuas, trafik kelihatan lancar di kededua arah.

Pihak berkuasa sebelum ini telah menangkap seorang wanita Malaysia berusia 27 tahun kerana dia melepasi masuk pusat pemeriksaan Woodlands tanpa diperiksa.

Dia berada di Singapura selama tiga hari sebelum ditahan bila dia cuba memandu masuk ke kawasan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Isnin lalu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3