Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trafik penumpang udara capai 400,000

Apr 19, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN pengunjung yang melepasi Lapangan Terbang Changi sepanjang minggu lalu telah mencapai 31 peratus trafik penumpang sebelum pandemik Covid-19.



Ini merupakan kenaikan ketara daripada 18 peratus, sebulan lalu, dengan pemulihan hab udara kini giat aktif menyusuli pembukaan semula sempadan Singapura pada 1 April kepada semua pengunjung yang telah jalani vaksinasi penuh terhadap Covid-19.



Pertumbuhan trafik menunjukkan Singapura kini pada landasan betul dalam mencapai sasaran untuk mengembalikan separuh daripada bilangan penumpang pra-Covid-19, jelang akhir tahun ini, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam satu kenyataan semalam.



CAAS berkata 400,000 penumpang udara melepasi Singapura pada minggu berakhir kelmarin.



"Bilangan trafik meningkat bagi semua pasaran utama dengan pertumbuhan kukuh bagi trafik terutamanya bagi tujuan ke dan dari Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand.



"Trafik langsung meningkat bagi kedua-dua pengunjung antarabangsa dan tempatan dengan warga Singapura dan penduduk tetap merangkumi sehingga 32 peratus laluan trafik langsung keseluruhan," kata CAAS.



Bilangan penerbangan penumpang ke dan dari Singapura pada minggu lalu juga telah meningkat kepada 38 peratus paras pra-Covid. Ini kenaikan daripada 29 peratus sebulan lalu.



Kekerapan penerbangan ke dan dari Australia, India, Indonesia, Malaysia dan Vietnam meningkat dengan ketara.



Tiga syarikat penerbangan - Air New Zealand, Myanmar Airways International dan PT Batik Air Indonesia telah mula menjadualkan semula penerbangan penumpang ke Singapura.



LAPORAN SELANJUTNYA: Hubungan udara dengan 5 bandar baru dijalin semula




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >