Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMPADAN DAH BUKA

Trafik sempadan darat SG-M'sia tidak sesak cuti panjang hujung minggu

May 05, 2022 | 05:30 AM



TRAFIK di sempadan darat Singapura dan Malaysia tidak sesak seperti yang dijangkakan pihak berkuasa setelah cuti hujung minggu yang panjang.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah menasihati pelawat pada 1 Mei 2022 agar mengelak daripada pulang ke Singapura pada waktu sibuk dari 8 pagi hingga 1 tengah hari semalam kerana trafik dijangka sesak.



Namun, mereka yang tiba di Koswe Woodlands pada petang Selasa berkata mereka hanya mengambil masa 20 hingga 45 minit untuk selesai melalui proses imigresen, lapor akhbar The Straits Times.



Antaranya ialah Cik Nisya Sya, 40 tahun, yang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama anak lelakinya, 10 tahun, suaminya dan saudara-maranya di Pasir Gudang, Johor Bahru, buat kali pertama setelah dua tahun.



Beliau mengakui tidak menyangka trafik tidak sesak.



"Saya menghabiskan sepanjang Isnin bertemu dan makan bersama tiga adik-beradik dan keluarga suami. Sudah dua tahun kami tidak berkumpul seperti ini," kata rakyat Malaysia yang berulang-alik setiap hari melalui Tambak untuk bekerja di sebuah syarikat makanan di Singapura sejak sempadan darat antara kedua-dua negara dibuka semula sepenuhnya bulan lalu.



Beliau menambah: "Setelah bekerja di Singapura sepanjang sembilan tahun lalu, melepasi imigresen dalam setengah jam adalah masa yang selesa. Ketika prapandemik saya pernah menunggu hingga tiga jam kerana trafik sesak."



ICA berkata ia menjangka lebih ramai pelawat menyeberangi pusat pemeriksaan pada hujung minggu lalu berbanding 436,800 pengunjung yang ke seberang Tambak pada cuti Good Friday mulai 15 April.



Hampir 280,000 pelawat telah ke Malaysia dari Singapura melalui sempadan darat pada Jumaat dan Sabtu lalu, kata ICA.



Lonjakan trafik hujung minggu lalu berlaku menjelang Hari Pekerja pada Ahad, disusuli Isnin yang merupakan cuti umum dan Selasa iaitu cuti Hari Raya Puasa.



ICA berkata ia akan mengambil langkah yang perlu untuk memudahkan laluan proses imigresen secara cekap tanpa menjejas keselamatan.



Ia telah menasihatkan pelancong supaya mengambil kira masa tambahan untuk melalui imigresen dan memantau keadaan lalu lintas di pusat pemeriksaan darat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >