Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tragedi Hotel New World perkukuh semangat pegawai bomba

Jul 08, 2019 | 05:30 AM



MELIHAT mayat ditimpa, mangsa dihimpit dan keadaan kelam kabut tatkala Hotel New World runtuh lebih tiga dekad lalu masih segar dalam ingatan Pegawai Waran Kanan (SWO1) Mohamed Salleh Ali, 61 tahun.



Menggambarkan tragedi itu sebagai sesuatu yang amat menyedihkan, Sarjan Utama Rejimen (Regimental Sergeant Major) di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) itu berkongsi bahawa beliau terpaksa menahan sebak dan emosi demi tugasnya.



"Ahli bomba tak boleh nangis walaupun sedih. Bila kita menangis, tak akan boleh buat kerja. Ia emosi yang akan melemahkan kita. Jadi perlu ada semangat bahawa ini tugas aku, aku akan buat sedaya upaya untuk menyelamat," katanya.



Berkongsi operasi menyelamat yang beliau terlibat, SWO1 Salleh menceritakan bahawa ia amat mencabar dan mengancam nyawa kerana mereka perlu masuk ke dalam runtuhan itu dan mencari mangsa dalam ruang sempit. Walau bagaimanapun, kejadian seperti itulah yang menyemarakkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat demi negara.



Tahun ini, buat pertama kalinya, SWO1 Salleh akan menjadi sebahagian daripada pandu lalu Kontingen Kenderaan atau Mobile Column NDP di Padang.



Beliau akan menyertai Kontinjen Kenderaan mewakili Generasi Merdeka, dalam seragam berwarna cokelat.



Seragam ini jugalah yang suatu ketika dahulu pernah dipakainya apabila menyertai Pasukan Bomba Singapura (Singapore Fire Brigade) pada 1975 ketika berusia 17 tahun.



Mengimbau kembali zaman dahulu, SWO1 Salleh berkongsi bahawa tanggungjawab yang digalas ahli bomba tidak berubah dari dulu hingga sekarang.



"Dulu dan sekarang sama. Sentiasa hadapi risiko. Kita keluar, tak tahu akan balik stesen dengan selamat kerana kerja kita memang mencabar," ujar bapa empat anak itu.



Namun, antara perbezaannya adalah jenis alat yang dipakai dan cara pembelajaran. Dari segi alat, SWO1 Salleh berkata, kini alat yang digunakan lebih canggih dibandingkan dahulu di mana alat yang digunakan terhad. Dalam pada itu, ahli bomba zaman dahulu selalunya menggunakan naluri mereka untuk mengenal pasti jenis kebakaran.



"Kita belajar daripada pengalaman, api kayu, apa warna asap, api getah, apa warna asap, api kilang, apa warna asap... kalau dari jauh nampak asap putih, ertinya ada orang padamkan guna air.



"Dulu kita belajar dengan cara menghidu dan melihat," kata datuk satu cucu itu yang tidak lokek berkongsi pengalaman.



Kini, SWO1 Salleh berkata ahli bomba menjalani kursus yang lebih mendalam untuk mengetahui pelbagai terminologi yang lebih saintifik.



Justeru, ini merupakan antara cabaran bagi ahli bomba zaman kini di mana mereka perlu "ingat macam-macam benda" dan mempelajari dengan lebih mendalam.



Walaupun sudah 44 tahun berkhidmat dalam SCDF, semangat SWO1 masih lagi berkobar-kobar. Malah, beliau ibaratkan pasukan bomba sebagai "keluarga".



Beliau berharap bahawa para pelapis akan terus bersemangat untuk berkhidmat bagi negara.



Untuk terus kekal dalam bidang ini, SWO1 Salleh menekankan bahawa minat, kerja berpasukan, dan kejujuran amat penting.



SWO1 Salleh terlibat dalam banyak operasi menyelamat, antaranya kebakaran Pulau Merlimau pada 1988, dan misi luar negara bersama pasukan DART ke Filipina setelah bencana gempa bumi Bagio City pada 1990.



Beliau juga daripada kumpulan penganjur pertama bagi Cabaran Paramedik dan Pegawai Bomba Global Singapura dan masih aktif.



Beliau telah melibatkan diri dalam setiap NDP sejak 1976 dan menjalankan latihan ketua bagi SCDF tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >