Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Tragedi Tanjong Pagar: Wanita yang alami kelecuran sudah keluar dari ICU

Feb 23, 2021 | 06:44 PM

WANITA yang cuba menyelamatkan tunangnya dalam tragedi nahas Tanjong Pagar baru-baru ini sudah keluar daripada Unit Jagaan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan mantap, kata Hospital Besar Singapura (SGH) pada Selasa (23 Februari).

Akhbar The Straits Times melaporkan, Cik Raybe Oh Siew Huey, 26 tahun, kini berada di wad kebergantungan tinggi dan sedarkan diri. Keluarganya juga bersamanya. Cik Oh bertarung dengan nyawanya sejak berlakunya nahas itu pada 13 Februari.

Tunangnya, Encik Jonathan Long, sedang memandu kereta BMW putih yang merempuh rumah kedai di Tanjong Pagar sekitar 5.40 pagi.

Encik Long, 29 tahun, terbunuh bersama empat lagi rakannya yang berada dalam kereta tersebut = Encik Eugene Yap, 29 tahun, Encik Elvin Tan, 28 tahun, Encik Wilson Teo, 26 tahun dan Encik Gary Wong, 29 tahun.

Cik Oh, bekas pramugari Singapore Airlines, menempuhi risiko ketika berusaha menyelamatkan tunangnya dan rakan beliau di dalam kereta yang terbakar itu.

Berita Popular

Beliau mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus tubuhnya ekoran nahas itu tetapi masih sedarkan diri apabila dibawa ke SGH dengan ambulans.

Encik Akira Chan, 21 tahun, rakan mangsa nahas, berkata Cik Oh menuju ke arah kereta yang terbakar itu tanpa teragak-agak.

"Beliau cuba buka pintu kereta itu tapi cedera dalam proses itu. Beliau cuba menyelamatkan tunangnya," kata Encik Chan.

Encik Long dan Cik Oh dikatakan sudah memohon flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bersama baru-baru ini.

Dalam satu wawancara bersama Shin Min Daily News, bapa Encik Long yang berusia 62 tahun berkata, anggota keluarganya sentiasa mengingati Cik Oh dalam mereka juga merasakan kesedihan menangani kematian Encik Long.

"Saya menganggap Raybe seperti anak saya sendiri dan saya harap beliau selamat. Beliau gadis yang baik. Kami akan lakukan sebaik mungkin menjaganya.

"Saya juga menghubungi ibu Raybe bagi memberikan sokongan buatnya," kata bapa Encik Long.

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map