Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tragedi Tuas: Ledakan meragut 3 nyawa berkait dengan mesin berasap, terbakar sebelum ini

Sep 20, 2021 | 06:01 PM



SELAMA seminit pada Isnin (20 September), setiap orang di bilik perbicaraan bertafakur seminit bagi memperingati kematian tiga mangsa ledakan di bangunan perindustrian Tuas pada 24 Februari lalu.



Encik Anisuzzaman MD, 29 tahun, Encik Subbaiyan Marimuthu, 38 tahun dan Mr Shohel MD, 23 tahun, maut kerana kelecuran teruk hingga 90 peratus pada tubuh mereka.



Kesan letupan itu yang berkait dengan sebuah mesin pembancuh menyebabkan panel jendela bangunan itu turut bersepai, tembok belakang bengkel itu runtuh dan lubang besar kelihatan pada tembok sambungan unit tersebut.



Mahkamah diberitahu bahawa beberapa minit sebelum ledakan berlaku, Encik Subbaiyan telah merakam foto alat pemanas pada mesin itu dan mengirimnya kepada jurutera yang memantau proses pengeluaran di tapak itu.



Namun, menyusuli kemalangan itu, jurutera, Encik Lwin Moe Tun, telah membuang foto itu daripada telefonnya dan telefon Encik Subbaiyan.



Sebuah Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusikan Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun dibentuk pada 2 Mac.



Perbicaraan pertama mengenai kejadian ini dimulakan pada Isnin.



Hakim Ong telah meminta hadirin di mahkamah bertafakur selama seminit bagi memperingati mangsa dari India dan Bangladesh yang telah meninggalkan kampung halaman mereka untuk bertugas di sini dan seterusnya terkorban dalam tragedi ini.



Kakitangan firma kontraktor perlindungan api Stars Engrg itu berada di bengkel di tingkat pertama bangunan di 32E Tuas Avenue 11 apabila letupan berlaku sekitar 11.20 pagi itu.



Sejumlah 10 orang cedera dalam letupan itu termasuk lima pekerja lain dari Stars Engrg.



Sepasukan peguam negara yang diketuai Cik Kristy Tan memberi kenyataan pembukaan.



Menurut Cik Tan, mesin pembancuh itu dibeli menerusi wadah dalam talian Alibaba pada Ogos 2019 dan dipasang di bengkel pada Jun tahun lalu.



Ia digunakan bagi membancuh bahan termasuk kanji kentang bagi menghasilkan tanah liat tahan api yang digunakan bagi menghasilkan pembalut api yang dihasilkan Stars Engrg.



Mesin ini menggunakan sembilan alat pemanas yang sepatutnya memanaskan minyak dalam bekas yang membalut mesin pembancuh.



Beberapa rentetan peristiwa hingga kejadian itu berlaku dibentangkan. Siasatan menunjukkan minyak yang digunakan Stars Engrg mungkin tidak sampai ke paras alat pemanas sepertimana yang sepatutnya.



Apabila digunakan pada 8 Ogos tahun lalu, salah satu alat pemanas itu mengeluarkan percikan api dan asap.



Seorang bekas kakitangan Stars Engrg, Encik Imam, mendapati minyak  telah ketandusan dan salah satu batang besi pemanas rosak kerana kebakaran tersebut.



Beliau menggantikan batang besi itu dan menutup bahagian depan dan belakang paip bekas minyak itu.



Minyak kemudian ditambah pada mesin itu.



Asap masih kelihatan pada mesin itu pada 28 Ogos dengan pembukaan sesendal alat pemanas itu didapati rosak dan digantikan.



Namun, asap masih lagi keluar dari mesin itu pada 21 September. Seminggu selepas itu kebocoran kelihatan pada sudut bawah bahagian hadapan mesin tersebut tetapi masalah itu tidak ditangani segera.



Pada 12 Februari, kebakaran berlaku pada sudut mesin itu tetapi apinya berjaya dipadam pekerja.



Pihak penyiasat akur ledakan di Tuas itu ada kaitan dengan perihal kimia, melibatkan penyalaan aerosol minyak.



Cik Tan menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak harus berlaku lagi dan harus dijadikan iktibar.



Bahagian pertama perbicaraan dijangka berlangsung hingga 8 Oktober manakala bahagian kedua pula antara 15 dengan 19 November.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >