Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trak tunda pesawat terbakar di Lapangan Terbang Changi

Nov 29, 2017 | 04:58 PM



SEBUAH trak tunda terbakar ketika ia menarik sebuah pesawat Singapore Airlines Boeing 777-200 ke pintu berlepas di Lapangan Terbang Changi Singapura sekitar 4 pagi semalam.



Tiada penumpang dilaporkan berada dalam pesawat itu, kata jurucakap SIA kepada akhbar The Straits Times.



Menurut akhbar tersebut, pesawat itu telah dipindahkan dari ruang meletak pesawat ke Terminal 3 untuk penerbangan. Ia sedang melintas jambatan di atas Airport Boulevard Road apabila trak tunda itu terbakar.



Seorang pekerja yang berada di dalam kokpit pesawat itu dibawa keluar menerusi alat gelongsor kecemasan.



Tiada kecederaan berlaku dan api dapat dipadamkan oleh anggota Perkhidmatan Kecemasan Lapangan Terbang, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >