Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Transaksi guna SingPass naik 170j kali semasa pandemik Covid-19

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



TRANSAKSI yang menggunakan kemudahan aplikasi SingPass tahun lalu meningkat kepada 170 juta kali digunakan sedang lebih ramai orang kini beralih kepada transaksi secara digital terutama dalam tempoh pandemik Covid-19.



Demikian menurut satu kenyataan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), yang membangunkan sistem tersebut, semalam.



SingPass digunakan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan elektronik pemerintah termasuk memeriksa akaun dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan membuat permohonan bagi urusan perumahan awam.



Ia kini mempunyai lebih 1,400 perkhidmatan yang ditawarkan lebih 340 pertubuhan di sektor awam dan swasta.



Jumlah pengguna SingPass versi mudah alih juga meningkat tiga kali lipat tahun lalu iaitu 2.5 juta, dengan lebih 90 peratus menggunakan aplikasi tersebut sekurang-kurangnya sekali sebulan.



Menurut GovTech lagi, aplikasi itu "memainkan peranan penting dalam memerangi Covid-19" dan telah menyokong usaha penelusuran kontak pandemik dengan daftar masuk SafeEntry melalui aplikasi SingPass.



GovTech memberikan butiran tersebut sempena pelancaran logo yang diberi pembaharuan untuk SingPass, yang pertama dalam 18 tahun sejak perkhidmatan ini diperkenal pada 2003.



Laman web dan aplikasi SingPass akan dikemas kini dengan logo baru mulai Ahad.



Inti daripada penjenamaan semula ini adalah untuk memberikan "SingPass yang lebih baik lagi yang menawarkan ciri baru dan menyediakan akses mudah kepada rangkaian perkhidmatan yang lebih besar", kata GovTech.



Agensi itu berkata dalam tiga tahun terakhir, lebih 10 ciri baru telah ditambah kepada SingPass.



Ini termasuk pelancaran aplikasi SingPass pada 2018 dan menaik taraf SingPass kepada tahap yang setara dengan digital Kad Pengenalan (NRIC). Ini bermaksud, dalam beberapa kes, aplikasi SingPass dapat menggantikan Kad Pengenalan fizikal bagi mengesahkan identiti seseorang, atau mengurangkan keperluan mengisi maklumat peribadi dalam borang.



Aplikasi SingPass kini menyimpan, di satu tempat, kod bar NRIC pengguna dan maklumat peribadi seperti nombor lesen memandu, nombor sijil perkahwinan, rekod kelahiran anak-anak, data pemilikan harta tanah dan rekod CPF.



Menggunakan aplikasi SingPass untuk mengakses maklumat peribadi ini atau perkhidmatan pemerintah dalam talian dilindungi aspek keselamatan dengan pengguna harus memasukkan kod laluan enam digit ke dalam aplikasi, atau mengesahkan dengan biometrik dengan mengimbas cap jari atau wajah dengan aplikasi tersebut.



Ini mungkin berlaku setelah pengguna memasukkan nama pengguna dan kata laluannya bagi menyiapkan aplikasinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >