Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mempertingkat bilik berita di bawah SPH Media Trust

Transformasi digital BH dipergiat sejak tiga tahun lalu

Perkenalkan pelbagai program digital baru dalam bentuk audio dan video selain peningkatan kepada laman web dan aplikasi
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



TRANSFORMASI digital Berita Harian (BH) bermula sejak Disember 2013 dengan pelancaran laman web baru www.BeritaHarian.sg dan aplikasi mudah alih akhbar ini.



Namun, sejak tiga tahun lalu, sekitar awal 2019, transformasi itu mula dipergiat dengan pelbagai peningkatan diperkenalkan kepada laman web dan aplikasi BH, selain pelancaran tablet berita serta produk-produk video dan audio baru.



Mengulas transformasi tersebut, Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman, berkata meskipun tidak mempunyai pengalaman yang meluas, BH telah mengambil langkah berani memperkenalkan dua genre podcast - #NoTapis yang membincangkan isu-isu semasa, dan kemudiannya Cakap Masjid yang lebih bercorak keagamaan.



"Di samping itu, kami juga meningkatkan kandungan video yang dihasilkan selain program-program digital menerusi wawancara di studio BH, rancangan Facebook Live dan program gaya hidup pagi Ahad, The BM Show.



"Semua produk-produk kami mendapat penerimaan dan sambutan menggalakkan," ujarnya.



Selain memanfaatkan teknologi digital untuk mengembangkan jumlah pembaca, pendengar dan penonton BH, akhbar ini juga memanfaatkannya bagi kepentingan masyarakat.



Sebagai contoh, semasa masjid-masjid ditutup ketika tempoh pemutus rantaian jangkitan, BH merupakan satu-satunya media yang menyiarkan khutbah Jumaat secara langsung menerusi video di Facebook dan Instagram setiap Jumaat, dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Penolong kepada Editor, BH, Encik Nazri Hadi Saparin, pula berkata bilik berita akhbar itu kini dilengkapi dengan studio maya, yang menjadi nadi program-program audio dan video BH, sekali gus mencerminkan evolusi akhbar ini sebagai sebuah organisasi media.



"Sejak tiga tahun lalu, pasukan kecil yang menghasilkan program-program digital BH perlu belajar dengan pantas bagi menghasilkan produk yang terbaik mungkin - untuk para pembaca, pendengar dan penonton kami, terutama golongan lebih muda," ujar beliau.



Selain program dan produk digital, akhbar ini juga terus mendekati pelbagai lapisan masyarakat menerusi sesi-sesi dialog meliputi pelbagai isu.



Sesi-sesi tersebut juga menjadi peluang bagi anggota masyarakat berdialog dan bertukar-tukar pendapat dengan tetamu khas termasuk pemegang jawatan politik, Anggota Parlimen dan pemimpin masyarakat.



Transformasi digital dan inisiatif mendekati masyarakat itu dilakukan seiringan dengan usaha memperkukuh kandungan cetak akhbar BH.



Antaranya ialah menerusi kandungan mesra pembaca muda, khususnya ibu bapa muda, dengan ruangan mingguan 'Membangun Potensi Anak'.



Selain perkongsian mengenai isu-isu keibubapaan oleh wartawan-wartawan BH yang mempunyai anak kecil, ruangan tersebut juga dilengkapi dengan panduan untuk ibu bapa dalam perjalanan mereka membesarkan anak-anak.



Di samping itu, kandungan berkaitan bahasa dan budaya juga diperkukuh dengan ruangan tersebut dimuatkan dalam edisi Ahad hingga Khamis akhbar ini.



Selain mengetengahkan isu-isu yang dibincangkan dalam ceramah dan kuliah yang menyentuh isu-isu bahasa dan budaya, ia juga mengetengahkan kandungan lebih 'ringan' dan 'santai' berkaitan keindahan bahasa Melayu serta reviu buku yang diterbitkan dengan kerjasama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).




" ... kami juga meningkatkan kandungan video yang dihasilkan selain program-program digital menerusi wawancara di studio BH, rancangan Facebook Live dan program gaya hidup pagi Ahad, The BM Show. Semua produk-produk kami mendapat penerimaan dan sambutan menggalakkan."
- Encik Saat Abdul Rahman, Editor BH.



"Sejak tiga tahun lalu, pasukan kecil yang menghasilkan program-program digital BH perlu belajar dengan pantas bagi menghasilkan produk yang terbaik mungkin - untuk para pembaca, pendengar dan penonton kami, terutama golongan lebih muda."
- Encik Nazri Hadi Saparin, Penolong kepada Editor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >