Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Transformasi digital: SIMTech, 10 syarikat jalin kerjasama

Apr 14, 2022 | 08:42 PM



INSTITUT Teknologi Perkilangan Singapura (SIMTech) di bawah A*Star akan bekerjasama dengan 10 syarikat perkilangan untuk mempertingkat transformasi digital industri itu dan juga menjadi berdaya tahan dari segi ekonomi.



Surat hasrat ditandatangani pada Khamis (14 April) antara SIMTech dengan syarikat tersebut.



Skop kerjasama tiga tahun itu termasuk kelas pakar dan kursus latihan untuk membangunkan huraian perniagaan yang menggabungkan inovasi digital SIMTech dan merapatkan jurang teknologi dan keupayaan melalui kerjasama penyelidikan demi memperkukuh daya ketahanan syarikat tempatan dan rantaian bekalan mereka, lapor The Straits Times.



Makino dan SMT Technology adalah antara 10 syarikat yang terlibat dalam kerjasama itu.



Ketua eksekutif dan presiden syarikat kejuruteraan jitu Makino Asia, Encik Neo Eng Chong, berkata syarikat perlu meneliti transformasi digital secara menyeluruh.



Mereka tidak boleh hanya memberi tumpuan pada satu aspek dan rasa berpuas hati, terutamanya jika ia melibatkan seluruh rantaian nilai.



“Jika satu pihak memutuskan untuk berkata tidak dan lebih suka cara manual, lebih sukar bagi seluruh ekosistem menjalani transformasi secara digital.



“Pandangan menyeluruh amat penting, dan itu sebabnya kerjasama ini menjadi penting bagi perkara ini berjaya dan membawa lebih ramai orang untuk mengambil bahagian. Platform ini akan menggalak semua orang untuk datang bersama untuk melihat gambaran yang lebih besar,” kata beliau.



Selain melihat transformasi digital secara menyeluruh, kerjasama itu juga akan membolehkan syarikat membincangkan bagaimana mengikuti permintaan industri.



Berucap di persidangan Pusat Teknologi Produktiviti Perkilangan yang diadakan di Fusionopolis Innovis pada Khamis, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, berkata dengan pembangunan Industri 4.0, banyak pekerjaan baru akan muncul dalam sektor perkilangan.



Encik Tan menambah bahawa Singapura sedang membangunkan bakat untuk memastikan pekerja mempunyai kemahiran dan kepakaran yang sesuai untuk meraih manfaat daripada peluang akan datang dan menyokong pertumbuhan sektor itu.



“Kami bekerjasama dengan institut pengajian tinggi, persatuan perdagangan dan agensi sektor awam, kami sedang mempertingkat asas pengetahuan dalam tenaga kerja tempatan kita dan membantu pekerja kita mempertingkat kemahiran,” kata beliau. 



Contohnya, SIMTech, dengan bimbingan Akademi Latihan Perkilangan Maju, akan melancarkan lapan kursus Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) baru untuk membolehkan rakyat Singapura menyumbang kepada peluang baru dalam industri perkilangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >