Transformasi kepimpinan
* Fatris undur diri selaku Mufti selepas hampir sedekad * Nazirudin Mufti baru * Hannan, Murat dua timbalan baru
Jan 10, 2020 | 05:30 AM
USTAZ Dr Nazirudin Mohd Nasir akan dilantik sebagai Mufti menggantikan Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram pada 1 Mac ini.
Pelantikan Dr Nazirudin, 43 tahun, dimumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam dalam rangka beberapa perubahan kepimpinan keagamaan utama badan berkanun itu.