LEBIH yakin dengan prospek kerjaya dan tahap produktiviti yang lebih tinggi - demikian antara manfaat yang disaksikan beberapa hotel di sini setelah menjalankan usaha rekaan semula pekerjaan dan transformasi digital di bawah satu inisitiaf yang dilancarkan baru-baru ini.
Inisiatif Rekaan Semula Pekerjaan Hotel (HJRI) itu memberi bimbingan dan bantuan kepada hotel dalam perjalanan transformasi mereka dan menyediakan akses kepada pelbagai sumber untuk menyokong usaha rekaan semula pekerjaan.