SEKITAR lima jam pada awal pagi semalam, kereta api di kededua Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) beroperasi sepenuhnya menggunakan sistem isyarat yang dipertingkat dalam percubaan skala besar melibatkan lebih 100 pemandu kereta api.
Ia kali pertama seluruh rangkaian NSEWL dikawal sistem isyarat kawalan kereta api berdasarkan komunikasi baru itu.