Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tren laluan TEL alami gangguan isyarat 31/2 jam

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



KHIDMAT MRT di laluan Thomson-East Coast (TEL) mengalami gangguan isyarat selama tiga setengah jam pagi semalam lantas menjejas semua perjalanan di seluruh laluan itu di kedua-dua arah hingga menyebabkan penumpang terperangkap di dalam enam kereta api yang tidak dapat bergerak.



Khidmat itu kembali beroperasi pada sekitar 11.35 pagi selepas SMRT menyatakan dalam satu kenyataan di Twitter bahawa kereta api sudah mula borperasi di laluan yang mempunyai sembilan stesen di antara Woodlands North dengan Caldecott itu.



Khidmat bas perhubungan dan bas biasa secara percuma terus disediakan bagi penumpang yang terjejas menyusuli gangguan itu, kata SMRT.



SMRT kali pertama melaporkan gangguan isyarat itu di Twitter pada sekitar 8.25 pagi.



Ia berkata kereta api di laluan tersebut bergerak dengan lebih perlahan.



Pada 8.40 pagi, SMRT memaklumkan tiada khidmat yang beroperasi di seluruh laluan TEL di kedua-dua arah perjalanan.



Laluan itu adalah laluan kereta api terbaru di Singapura.



Kemudian, dalam satu pos di Facebook, syarikat itu berkata gangguan tersebut bermula pada 8.05 pagi.



Penumpang yang berada di dalam enam kereta api yang terjejas itu dibolehkan keluar di stesen terdekat, jelas SMRT, tanpa memberi perincian berapa ramai penumpang yang terjejas atau berapa lama mereka terkurung di dalam kereta api tersebut.



Kaedah lampu dan pengalihan udara di kereta api terjejas terus berfungsi semasa penumpang berada di dalam kereta api tersebut, kata pengendali pengangkutan awam itu dalam posnya.



SMRT berkata ia telah mengerahkan jurutera agar memperbaiki gangguan berkenaan, serta kakitangan tambahan untuk menguruskan arus orang ramai.



"Kami ingin meminta maaf kerana (gangguan itu) menjejas perjalanan penumpang pada waktu sibuk mereka," kata SMRT.



Ramai penumpang beratur panjang untuk menaiki bas perhubungan di luar Stesen MRT Caldecott pagi semalam, lapor The Straits Times.



Kejadian semalam merupakan gangguan ketiga di laluan TEL sejak beberapa bulan ini.



Pada 27 April, seramai 50 penumpang tersendat di dalam sebuah kereta api di antara stesen Woodlands dengan Woodlands South selama lebih satu setengah jam disebabkan gangguan pada pagi itu.



Pada 19 Mei, SMRT berkata gangguan isyarat telah menyebabkan kereta api bergerak dengan lebih perlahan di kedua-dua arah seluruh laluan TEL itu hingga menyebabkan tambahan 10 minit waktu menunggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >