Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trend cabul kehormatan wanita kian meningkat, polis nasihati orang ramai berjaga-jaga

Oct 15, 2019 | 03:18 PM



POLIS berkata trend cabul kehormatan wanita yang semakin meningkat menjadi kebimbangan utama, dengan peningkatan sebanyak 5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.



Misalnya pada Isnin (14 Oktober) sahaja, tujuh lelaki termasuk dua warga tua dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencabul kehormatan wanita dalam insiden berasingan, menurut laporan The New Paper (TNP).



Kesemua lelaki itu kini dibebaskan dengan ikat jamin.



Tertuduh Lim Ah Bah, 73 tahun, didakwa melakukan aksi seks terhadap pelanggannya, 40 tahun, yang meminta nasihatnya mengenai cara membantu aliran darah dalam badan, di pusat perubatan Cina tradisional pada Oktober 2018.



Mohamed Yusoof, 54 tahun, pula mencabul kehormatan mangsa, 31 tahun, dalam teksi, sementara Yan Kok Fatt, 75 tahun, didakwa mencabul kehormatan mangsa, 21 tahun, di Midpoint Orchard.



Ng Soon Hee, 47 tahun, didakwa mencabul kehormatan mangsa 26 tahun di Gangsa Road, sementara Muhammad Salihin Omar, 31 tahun, meraba mangsa, 20 tahun, di platform monorail di Sentosa.



Warga Malaysia Loh Wai Cheong, 26 tahun, meraba mangsa, 24 tahun, di Stesen MRT Orchard.



Seorang lagi yang tertuduh, 48 tahun, didakwa mencabul kehormatan pembantu rumah keluarganya tiga kali. Dia tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa.



Justeru itu, Polis menasihati orang ramai agar mengamalkan langkah pencegahan, seperti mengambil tahu tentang persekitaran mereka, mengelak daripada berjalan di tempat yang malap atau terpencil, atau mengambil lif dengan orang yang tidak dikenali, dan membawa penggera kecemasan (shrill alarm).

 

Mereka yang disabit kesalahan mencabul kehormatan lain boleh diberi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda, atau dirotan, atau sebarang gabungan ketiga-tiga hukuman ini. 



Jika mangsa di bawah 14 tahun, tempoh penjara maksimum dinaikkan kepada lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >