Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trend suhu cuaca S'pura berbeza sedikit daripada global

Jan 19, 2021 | 07:00 PM



CUACA di Singapura agak mengejutkan dalam beberapa cara tahun lalu, dengan trend suhu yang berbeza sedikit daripada yang diperhatikan di peringkat global, menurut laporan cuaca dan iklim yang dikeluarkan pada Selasa (19 Jan) oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).



Lima bulan pertama 2020 lebih panas daripada purata tetapi berbeza pula keadaannya dalam separuh kedua tahun lalu - khususnya pada Jun dan September - dengan suhu purata lebih dingin dicatat di serata negara, lapor The Straits Times.




Dan walaupun menghadapi musim monsun barat daya yang lain daripada biasa, tahun lalu masih merupakan tahun kelapan paling panas yang pernah dicatat, dengan suhu purata tahunan 28 darjah Celsius - separuh darjah lebih tinggi daripada purata jangka panjang.




Tahun lalu juga melihat penerusan rekod 28 bulan berturut-turut suhu yang lebih panas daripada purata di Singapura yang bermula pada Februari 2018 dan berakhir Jun lalu.




Penemuan baru yang dikeluarkan oleh MSS pada Selasa itu menunjukkan bahawa trend iklim Singapura pada 2020 berbeza sedikit daripada yang dilaporkan di peringkat antarabangsa dalam Keadaan Iklim Global 2020 terkini daripada  Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO).




Di peringkat global, tahun lalu merupakan antara tiga tahun paling panas dalam rekod dengan dekad terakhir (2011-2020) juga merupakan dekad paling panas yang pernah dicatat. 



Di Singapura, jumlah hujan berada di bawah purata tahunan jangka panjang; tetapi negara ini juga menyaksikan hujan lebat yang lebih kerap, terutamanya pada separuh kedua tahun lalu.



Dan sedang musim monsun barat daya (Jun hingga September) biasanya merupakan bahagian  tahun yang lebih kering, bulan-bulan itu juga menyaksikan hujan di Singapura dan rantau sekitarnya - sebahagiannya disebabkan oleh keadaan La Nina yang berkembang dalam suku ketiga 2020.



Ini menyebabkan jumlah hujan di Singapura dari Jun hingga September 2020 menjadi 30 peratus di atas purata jangka panjang dari 1981 hingga 2010.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >