Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trend tawar sewa tempoh pendek perlu dikaji

Sep 08, 2014 | 05:16 PM



PEMERINTAH perlu menjalankan kajian tentang kesan daripada peningkatan bilangan laman-laman web seperti Airbnb.


Di laman seperti itu pemilik rumah menawarkan rumah mereka sebagai penginapan sewa untuk tempoh yang pendek, kurang daripada enam bulan, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara), Encik Lee Yi Shyan, di Parlimen tadi.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) yang ingin tahu jika pemerintah mempunyai rancangan untuk menyemak rangka kerja undang-undang bagi tempoh sewa jangka pendek, memandangkan laman-laman itu semakin popular.


Buat masa sekarang, menyewakan rumah untuk kurang daripada enam bulan tidak dibenarkan.


Portal-portal Internet seperti Airbnb juga mempunyai kenyataan penafian yang menyatakan bahawa penyewa dan mereka yang menyewa mesti mematuhi undang-undang dan peraturan di negara yang menjalankan penyewaan itu.


"Oleh itu saya rasa dalam konteks ini menyewa hartanah kurang dari enam bulan, jelas melanggar Akta Perancangan kami," kata beliau.


Namun, beliau menambah dalam jangka panjang, Pemerintah perlu mengkaji implikasi trend yang meningkat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >