SEKILAS
Tribunal bagi Penyaraan Ibu Bapa terima 262 permohonan baru dalam tempoh 5 tahun
Feb 06, 2018 | 05:30 AM
SEBANYAK 262 permohonan penyaraan baru telah dikemukakan kepada Tribunal bagi Penyaraan Ibu Bapa (TMP) dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Demikian dinyatakan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen semalam.