Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tribunal disiplin tolak aduan Parti Liyani terhadap 2 pendakwa raya berhubung pemain DVD

Mar 17, 2022 | 05:30 AM



TRIBUNAL disiplin telah menolak aduan yang dibawa oleh bekas pembantu rumah Parti Liyani, yang mendakwa bahawa kedua-dua pendakwa raya yang menjalankan perbicaraannya telah mencipta tanggapan palsu bahawa pemain DVD "berfungsi sepenuhnya".



Dalam alasan keputusan bertarikh 10 Mac, tribunal dua anggota itu berkata ia mendapati tiada sebab berat yang mencukupi untuk tindakan disiplin terhadap Cik Tan Yanying dan Encik Tan Wee Hao di bawah Akta Profesion Undang-undang.



Tribunal itu juga mendapati bahawa demonstrasi pendakwa raya terhadap pemain DVD semasa perbicaraan dijalankan secara terbuka dan adil.



Namun, tribunal itu menambah, jika boleh diputarkan semula masa, lebih banyak perkara boleh dilakukan semasa perbicaraan untuk memastikan keadaan peranti itu, yang boleh merakam dan memainkan video tetapi tidak boleh memainkan DVD.



Tribunal itu, yang terdiri daripada Hakim Kanan, Encik Chao Hick Tin, dan peguam kanan, Encik Patrick Ang, tidak membuat sebarang perintah mengenai kos, yang biasanya diberikan kepada pihak yang kalah dalam kes sedemikian.



Cik Parti, 48 tahun, dibebaskan daripada tuduhan mencuri daripada keluarga bekas majikannya, ahli perniagaan terkenal, Encik Liew Mun Leong, dalam rayuan di Mahkamah Tinggi pada September 2020.



Mahkamah Tinggi mendapati keraguan munasabah telah ditimbulkan dan membatalkan sabitan terhadap empat pertuduhan mencuri berkaitan barangan bernilai $34,000, lapor The Straits Times.



Kes itu mencetuskan perbincangan awam dan membawa kepada perbahasan parlimen selama sembilan jam mengenai sistem keadilan jenayah Singapura.



Pada Jun tahun itu, sebelum pembebasannya, Cik Parti memfailkan aduan terhadap dua timbalan pendakwa raya (DPP) yang menjalankan perbicaraan mahkamah daerahnya.



Aduan itu tertumpu pada pemain DVD, yang merupakan antara perkara yang dia dituduh mencuri.



Kefungsian peranti itu menjadi isu sampingan kerana Cik Parti berkata beliau dibenarkan mengambil pemain DVD kerana ia "rosak" dan "pecah".



Namun, isteri Encik Liew, Cik Ng Lai Peng, memberi keterangan bahawa ia berfungsi dan beliau tidak pernah bersetuju bagi pembantu rumah itu mengambilnya.



Semasa perbicaraan pada 2018, pendakwa raya menguji peranti itu di mahkamah dan menunjukkan bahawa ia boleh memainkan video yang disimpan secara digital dalam cakera keras, atau hard disk.



Apabila peguam Cik Parti, Encik Anil Balchandani, cuba memainkan cakera, mesej ralat "tidak dapat memulakan cakera" dan "cakera tidak serasi dan tidak boleh dibaca" terpapar.



Pada Oktober 2020, Ketua Hakim Negara, Encik Sundaresh Menon, memberi kebenaran untuk tribunal disiplin dilantik untuk menyiasat aduan Cik Parti.



Inti aduannya ialah pihak pendakwa mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, bahawa peranti itu tidak berfungsi sepenuhnya tetapi gagal mendedahkan perkara ini kepada mahkamah.



Dalam pembelaannya, Cik Tan berkata bahawa pemahamannya tentang kes itu adalah atas dasar sama ada pemain DVD itu berfungsi atau tidak berfungsi.



Beliau tidak terfikir langsung tentang kemungkinan peranti itu separuh berfungsi, kata Cik Tan.



Beliau berkata, apabila beliau menguji peranti itu, beliau tidak dapat memainkan cakera yang ada di dalamnya.



Beliau kemudian menekan beberapa butang dan pemain itu mula memainkan rakaman video yang dirakam.



Cik Tan berkata apabila beliau menyedari peranti itu boleh memainkan imej dari cakera keras, beliau berpuas hati bahawa ia berfungsi dan oleh itu, beliau boleh menyangkal dakwaan Cik Parti bahawa pemain itu "rosak".



Encik Tan juga berkata, beliau memahami istilah "rosak" sebagai "tidak berfungsi".



Kedua-dua pendakwa raya berkata mereka berpendapat cakera itu tidak boleh dimainkan kerana ia rosak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >