Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trio dipenjara 12 bulan terlibat dalam kes menipu warga Bangladesh $140,000

Jun 05, 2020 | 05:37 PM



SEKUMPULAN empat lelaki pada tahun lalu merancang menipu seorang warga Bangladesh yang diberi kepercayaan untuk mengirim wang orang lain.



Salah seorang daripada mereka juga menyamar sebagai pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID).



Penipuan itu berjaya dilaksanakan, dengan kumpulan tersebut meraih wang tunai dan barang emas bernilai lebih $140,000, lapor The Straits Times.



Namun, mereka kemudian ditahan, dengan tiga daripada mereka - Islam Md Nurul, 33 tahun, Sofian Abu, 38 tahun, dan Babul Md, 35 tahun - didakwa hukuman penjara selama 12 bulan setiap seorang oleh Hakim Daerah Jasvender Kaur pada Jumaat (5 Jun).



Trio itu, yang semua juga warga Bangladesh, bulan lalu mengaku bersalah kerana bersubahat untuk menipu.



Satu lagi tuduhan berkait penipuan dipertimbangkan Hakim Daerah Kaur semasa menjatuhkan hukuman kepada setiap mereka pada hari ini.



Kes mengenai ahli terakhir kumpulan itu, seorang warga Singapura Ang Zhao Hong, 29 tahun, masih dijalankan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >