Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trump adakan jamuan iftar pertama di Rumah Putih

Jun 07, 2018 | 11:46 AM



 





WASHINGTON: Donald Trump mengadakan jamuan iftar pertama sebagai presiden Amerika Syarikat di Rumah Putih pada 7 Jun, yang dihadiri kededua tetamu Muslim dan bukan Muslim.



Encik Trump, yang sebelum ini melibatkan dirinya dalam perbincangan anti-Muslim, mengadakan jamuan itu di Dewan Makan Negara.



Beliau tidak mengadakan jamuan itu tahun lalu - pada tahun pertama beliau mendukung jawatan presiden - mematahkan tradisi yang dimulakan dan diteruskan oleh presiden-presiden sebelumnya.



Jutaan Muslim serata dunia menyambut Ramadan dengan berpuasa selama sebulan, sehingga 14 Jun ini. Mereka berpuasa - tidak makan atau minum - dari saat matahari terbit hingga matahari terbenam.



Lebih 50 tetamu menghadiri jamuan di Rumah Putih itu. Encik Trump berkongsi meja utama dengan Duta Arab  Saudi Putera Khalid Ben Salman dan Duta Jordan Dina Kawar.



Tetamu lain terdiri daripada duta dari negara seperti Amiriha Arab Bersatu, Mesir, Tunisia, Iraw, Qatar, Bahrain, Maghribi, Algeria dan Libya.



“Kepada anda semua, dan Muslim di serata dunia, Ramadan Mubarak,” kata Encik Trump.



“Malam ini, kami mengucapkan terima kasih ke atas jalinan persahabatan dan kerjasama yang diperbaharui dengan rakan kongsi amat dihargai dari seluruh Timur Tengah,” kata Trump lagi.



Jamuan iftar, sebelum ini, adalah acara tetap dalam jadual acara Rumah Putih, seiring dengan upacara sarapan dan berdor, Passover Seders dan acara keagamaan lain yang serupa.



Sebelum ini, beberapa kumpulan Muslim Amerika telah berkata bahawa mereka tidak akan menyertai jamuan iftar di Rumah Putih itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >