Trump berkata Korea Utara bersedia untuk memusnahkan tapak peluru berpandu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Trump berkata Korea Utara bersedia untuk memusnahkan tapak peluru berpandu

Jun 12, 2018 | 04:47 PM

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump memulakan sidang medianya dengan mengucapkan terima kasih kepada "tuan rumah cemerlang" Singapura, terutama sekali Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong. 

Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Korea Selatan, Jepun dan Cina. 

Beliau menggambarkan sidang puncak bersama Korea Utara itu sebagai satu pertemuan yang tidak dijangkakan. 

Ia menunjukkan bahawa perubahan memang boleh berlaku, katanya.

Beliau berkata pertemuan itu jujur dan produktif. 

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kami bersedia untuk memulakan sejarah yang baru, babak baru antara negara-negara kami." 

"Kami menandatangani kenyataan bersama yang juga merupakan komitmen supaya Korea Utara meluputkan kuasa nuklear," katanya. 

"Pemimpin Kim memberitahu saya bahawa Korea Utara sudah pun mula memusnahkan tapak percubaan enjin peluru berpandu." 

"Kami mengimpikan masa hadapan di mana semua warga Korea boleh hidup dalam keadaan harmoni, di mana keamanan menggantikan peperangan, dan ini hampir dalam genggaman kami. Orang ramai berasa perkara tersebut tidak boleh berlaku." 

Trump turut berkata bahawa perang Korea akan "berakhir tidak lama lagi." 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map