Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trump sahkan akan bertemu dengan Kim Jong Un di Singapura pada 12 Jun

May 10, 2018 | 11:53 PM



PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan malam tadi (10 Mei) bahawa beliau akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Singapura pada 12 Jun.



Menerusi satu kenyataan, Kementerian Ehwal Luar (MFA) juga berkata Singapura gembira dapat menjadi tuan rumah bagi pertemuan antara Encik Trump dengan Encik Kim itu.



"Kami berharap pertemuan ini akan memajukan prospek bagi keamanan di Semenanjung Korea," kata MFA. 



Menerusi laman Twitter beliau, Encik Trump berkata:



“Pertemuan yang amat dinanti-nantikan antara Kim Jong Un dan saya akan berlangsung di Singapura pada 12 Jun.



“Kami berdua akan cuba membuatkannya satu detik yang sangat istimewa bagi keamanan dunia!”



[embed]https://twitter.com/realDonaldTrump/status/994587349718847489[/embed]



Acara itu akan menjadi pertemuan pertama antara seorang presiden Amerika yang sedang berkhidmat dengan seorang pemimpin Korea Utara.



Mereka dijangka berbincang tentang program pembangunan dan ujian senjata nuklear Korea Utara, yang telah meningkatkan ketegangan yang sudah lama wujud antara Washington dengan Pyongyang, menurut akhbar The Straits Times.



Singapura tampil sebagai antara pilihan lokasi bagi pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu kerana pendiriannya yang berkecuali, tahap ketenteraman awam yang tinggi dan rekodnya pernah menjadi tuan rumah bagi pertemuan di peringkat tinggi.



Pengumuman Encik Trump itu dibuat beberapa jam selepas tiga warga Amerika yang ditahan sebagai banduan di Korea Utara dibebaskan dan tiba di sebuah pangkalan tentera Amerika di luar Washington.



Mereka dibawa pulang oleh Setiausaha Negara Amerika, Encik Mike Pompeo, selepas dibebaskan oleh Encik Kim.



“Saya rasa kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk melakukan sesuatu yang amat bermakna.



“Pencapaian yang paling membanggakan bagi saya ialah... apabila kita dapat menjadikan seluruh semenanjung (Korea) bebas nuklear,” kata Encik Trump.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >