Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidang Puncak AS-DPRK

Trump tiba di Istana, bakal temui PM Lee

Jun 11, 2018 | 12:17 PM



PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump dan rombongannya tiba di Istana pada Isnin (11 Jun) untuk bertemu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.



Encik Trump, menaiki kereta khas presiden yang digelar The Beast, meninggalkan Hotel Shangri-La sekitar 11.45 pagi. Beliau diiiringi konvoi lebih 30 kenderaan. Wartawan dan jurugambar telah menunggu di sekeliling hotel dan Istana untuk Encik Trump sejak 10.30 pagi.



Menaiki pesawat presiden khas Air Force One, Encik Trump mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar semalam dari Canada, di mana beliau telah menghadiri sidang puncak G-7. Beliau menarik balik sokongan bagi kenyataan bersama pemimpin G-7 - kumpulan negara kuasa besar ekonomi dunia - dalam perjalanan ke Singapura.



Encik Trump dijadual bertemu dengan kakitangan kedutaan Amerika di Singapura selepas kunjungannya ke Istana.



Dalam pada itu, diplomat dari Amerika dan Korea Utara sedang mengadakan pertemuan privet di Hotel Ritz-Carlton di Singapura, untuk cuba merapatkan jurag perbezaan antara kededua pihak menjelang sidang puncak antara Encik Trump dengan Encik Kim Jong Un pada pagi Selasa (12 Jun).



Mantan Wakil Khas Amerika bagi Dasar Korea Utara Sung Kim, yang telah memimpin Amerika dalam perbincangan dengan naib Menteri Ehwal Luar Korea Utara Choe Son Hui di kampung di sempadan kededua Korea di Panmunjom sejak bulan lalu, difahami sedang meneruskan perbincangan itu.



Agenda utama ialah penyerahan kuasa nuklear yang lengkap, boleh disahkan dan tidak boleh ditarik balik oleh Pyongyang. Encik Kim dijangka meminta jaminan keselamatan, dan sekatan ekonomi yang lebih longgar. 



Perjanjian keamanan yang mengakhiri secara rasmi Perang Korea 1950-1953 juga dijangka dibincangkan.



Sebelum memulakan perbincangan pada 12 Jun, Encik Trump dijadual bertemu dengan Encik Kim secara ringkat, kata beberapa laporan media. 



Pada Sabtu lalu, Encik Trump berkata beliau akan dapat memastikan 'dalam minit pertama' pertemuan dengan Encik Kim, sama ada pemimpin Korea Utara itu serius tentang menyerahkan kuasa nuklear negaranya.



Sumber-sumber berkata kededua ketua negara itu akan bertemu, bersama jurualih bahasa masing-masing, dan tanpa ditemani ahli rombongan lain.



Ahli rombongan utama, difahami, akan menyertai kededua ketua negara itu dalam perbincangan formal selepas itu. Ini termasuk Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo, Penasihat Keselamatan Nasional John Bolton serta adik perempuan Encik Kim, Cik Kim Yo Jong, dan mantan ketua perisik Kim Yong Chol.



Sidang Puncak ini adalah yang pertama antara seorang presiden Amerika dengan pemimpin Korea Utara, dan bakal berlansung selepas ketegangan hubungan yang melonjak di Semenanjung Korea, berlatar belakangkan beberapa ujian peluru berpandu yang dilancarkan oleh Korea utara dan kempen 'tekanan maksimum' yang dipimpin Amerika untuk mengekang Pyongyang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >