Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Truth Warriors siar arahan pembetulan Pofma pada laman webnya berisi dakwaan palsu Covid-19

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



LAMAN web tempatan Truth Warriors telah menerbitkan notis pembetulan bagi dakwaan yang diterbitkannya mengenai kesan vaksin Covid-19 dan keselamatan serta keberkesanan ivermectin dalam mencegah dan merawat koronavirus itu.



Pagi semalam, dua laman webnya - kededuanya bertarikh 30 Ogos - masing-masing mempunyai notis yang menyatakan bahawa ia mengandungi pernyataan fakta salah, lapor The Straits Times.



Ia bertajuk: 'Negara Dengan Kadar Vaksinasi Tinggi Mempunyai Kes Covid Tertinggi' dan 'Dua Amaran Mengejutkan Ahli Virologi Teratas Mengenai Suntikan Covid: Diabaikan oleh Pemerintah dan Media Besar'.



Notis pembetulan juga boleh didapati di halaman web lain bertajuk 'Artikel dan Sumber', yang mempunyai pautan ke halaman web yang mengandungi dakwaan itu.



Ini setelah Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, telah mengarahkan pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) supaya mengeluarkan arahan pembetulan ke atas laman web Truth Warriors, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



"Laman web itu dikehendaki menerbitkan notis pembetulan di bahagian atas setiap halaman web yang mengandungi kepalsuan," kata kenyataan itu.



Namun, kenyataan itu tidak mendedahkan berapa banyak laman web terjejas oleh arahan pembetulan atau berapa lama laman web itu harus mematuhi pesanan tersebut.



Laman web itu juga mendakwa bahawa vaksin tidak mencegah penyebaran Covid-19.



"Ini adalah dakwaan palsu," kata MOH.



"Hingga 23 Oktober, bukti antarabangsa menunjukkan secara pasti bahawa vaksin mengurangkan jangkitan Covid-19, serta kadar penyakit serius dan kematian daripada jangkitan Covid-19," tambahnya.



Data terkini yang tersedia juga tidak menyokong dakwaan bahawa negara yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi mempunyai kes dan kematian tertinggi bagi setiap sejuta penduduk, kata kementerian itu.



Sebaliknya, hakikat sesetengah negara yang mempunyai kadar vaksinasi terendah juga mempunyai kematian Covid-19 yang dilaporkan rendah mungkin disebabkan pengumpulan rekod lemah bagi kedua-duanya, vaksinasi dan kematian, kata MOH.



Meskipun vaksin tidak sepenuhnya menghentikan penularan virus, ia mengurangkan risiko penularan. Ini kerana individu yang divaksinasi berkemungkinan lebih rendah menyebarkan virus itu berbanding orang yang tidak divaksinasi, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >