Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TTSH: Lebih banyak kecederaan libat penunggang PMD

Oct 22, 2019 | 02:28 PM



PARA doktor di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) menyaksikan peningkatan dalam kecederaan yang dialami penunggang alat mobiliti peribadi (PMD), menurut satu kajian yanhg dijalankan di hospital tersebut sepanjang tempoh 33 bulan. 



Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, seramai 79 penunggang PMD dimasukkan ke TTSH bagi kecederaan, atau pada kadar sembilan penunggang dalam sebulan.



Ini berbanding 87 penunggang tahun lalu, (tujuh sebulan); dan 47 pada 2017, (empat sebulan).



Ini bermakna terdapat peningkatan hampir 70 peratus .dalam tempoh dua tahun, menurut laman The Straits Times.

Angka-angka tersebut menyusuli kajian nasional yang selesai dijalankan awal tahun ini oleh pakar bedah awal di Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Wong Ting Hway.



Kajian nasional itu mendapati bahawa risiko dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang dialami semasa menggunakan PMD adakan seganda lebih tinggi berbanding penggunaan alat secara manual.



Kededua kajian tidak meliputi kecederaan pihak ketiga, seperti pejalan kaki, atau penunggang basikal yang berlanggar dengan PMD.

Dalam kajian TTSH itu, hospital tersebut mendapati lebih daripada separuh penunggang PMD yang dirawat akibat kecederaan berusia antara 20 dengan 39 tahun – serupa dengan usia pertengahan 33 tahun dalam kajian SGH.



TTSH berkata kecederaan kepala dan tengkuk membentuk peratusan tertinggi kes – 41 peratus – disusuli kecederaan luaran seperti pelelasan dan luka (26 peratus) dan kecederaan pada muka (12 peratus).



Sebahagian besar peratusan mereka yang dimasukkan ke hospital mengalami kecederaan serius; dan lebih separuh daripada penunggang yang dimasukkan ke hospital adalah selepas mereka tergelincir.



Dalam kajian itu, pihak hospital turut menyaksikan enam kematian.

Pada Februari tahun ini, had kelajuan bagi PMD di tempat pejalan kaki dikurangkan daripada 15 kilometer sejam (kmh) kepada 10 kmh.



Pengarah Perkhidmatan Trauma di TTSH, Dr Teo Li Tserng, memberitahu akhbar The Straits Times: “Apa yang pasti ialah meskipun PMD perlahan, tahap kecederaan yang dialami tidak kurang seperti yang dialami penunggang motosikal.”



Beliau juga mendapati mereka yang cedera biasanya golongan muda yang sepatutnya menyumbang kepada masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >