Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TTSH tidak terima pengunjung sedang siasatan dijalankan kemungkinan wujud kelompok Covid-19

Apr 29, 2021 | 04:03 PM



HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) tidak akan membenarkan pengunjung masuk ke wadnya sehingga diberitahu kelak, menyusuli kemungkinan terbentuknya kelompok Covid-19 di hospital berkenaan apabila seorang jururawat, seorang doktor dan tiga pesakitnya diuji positif koronavirus.



"Ini adalah langkah yang perlu kami kenalkan bagi mengekang situasi ini dan melindungi pesakit dan kakitangan kami.



"Kami minta maaf seikhlasnya kerana kesukaran yang timbul dan kami mengucapkan terima kasih di atas pemahaman anda," jelas TTSH dalam satu pos Facebook pada Khamis (29 April).



Seorang jururawat Filipina disahkan sebagai salah satu daripada tiga jangkitan Covid-19 baru dalam masyarakat pada Rabu (28 April) sementara empat yang lain didapati positif Covid-19 dalam ujian awal.



Jururawat ini ditugaskan ke wad umum, Wad 9D, yang telah ditutup menyusuli jangkitan yang dikesan. Kesemua pesakit wad tersebut sudah menjalani ujian swab dan diasingkan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >