Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tuaian pertama Beras Temasek di Tampines

Feb 13, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu meneroka cara tersendiri lagi inovatif bagi menghasilkan 30 peratus keperluan makanan penduduk setempat menjelang 2030.



Oleh kerana kawasan tanah yang terhad, Singapura perlu memanfaatkan kawasan kejiranan setempat selain teknologi canggih seperti kemudahan pertanian bandar vertikal yang terletak di Tampines Blok 146.



Demikian dinyatakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam acara penuaian padi kumpulan pertama Beras Temasek dihasilkan di kemudahan tersebut.



Beliau yang juga merupakan Menteri Kedua Kesihatan berkata Singapura juga ingin meninjau cara-cara untuk menghasilkan pelbagai jenis makanan, termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan juga beras yang selalunya diimport masuk ke sini.



"Kami ingin meninjau dan memahami apa yang terbaik buat keadaan negara kami. Pada masa yang sama, kami juga ingin menghasilkan makanan di kawasan kejiranan tempatan supaya masyarakat dapat tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan makanan yang mereka nikmati itu.



"Kalau tidak, ia hanya sesuatu yang anda akan terus beli dari pasar raya sahaja," tambah Encik Masagos yang Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Beliau berkata demikian selepas melawat kemudahan pertanian bandar vertikal yang menghasilkan padi buat pertama kali selepas disemai pada Oktober tahun lalu.



Penuaian padi itu yang dikenali sebagai padi Beras Temasek bermula apabila benih padi dipindahkan di situ dari makmal.



Ia merupakan satu inisiatif penyelidikan perintis oleh firma teknologi dan pertanian Netatech, bagi meneroka cara menghasilkan makanan menerusi amalan pertanian yang memanfaatkan sains tanaman, teknologi dan tidak memerlukan kawasan tanah atau air yang besar.



Projek itu disokong Majlis Bandaran Tampines, Yayasan Temasek dan Makmal Sains Kehidupan Temasek (TLL).



Buat masa ini padi Beras Temasek itu dihasilkan untuk kajian lanjut oleh TLL.



Menurut Encik Masagos, kemudahan itu perlu melibatkan masyarakat sekeliling.



Sejak ia dilancarkan Mei tahun lalu, penduduk Tampines telah melibatkan diri dengan "menderma" sisa makanan untuk dijadikan kompos bagi menyokong pertumbuhan sayur di kemudahan pertanian itu.



Penduduk yang menyerahkan sisa makanan diberi kredit yang kemudian boleh ditebus dengan mendapatkan sayur yang dihasilkan kebun vertikal itu.



"Kami perlu memastikan apa yang kami bina di sini bukan sesuatu yang dilakukan oleh pihak lain... Inilah caranya kami ingin orang ramai menyertai proses ini dan bukan setakat membina sesuatu dalam prasarana yang sedia ada," tambah Encik Masagos.



Menurut Encik Masagos, masih terlalu awal untuk menetapkan sasaran penghasilan beras bagi kemudahan tersebut namun bagi penghasilan sayur-sayuran, ia berupaya menghasilkan 165 kilogram bekalan sayur cukup untuk memenuhi 30 peratus keperluan sayur bagi seramai 103 keluarga setiap bulan.



Matlamat negara dalam memenuhi 30 peratus bekalan keperluan makanan tempatan menjelang 2030, atau '30 by 30' dilancarkan pada 2019, bertujuan mempertingkat daya penghasilan makanan setempat serta daya ketahanan bekalan makanan di sini.



Laporan lanjut: Pertanian vertikal berteknologi tinggi di Tampines hasilkan beras




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >