Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Tubuh jaringan bantuan untuk dekati golongan pekerja migran

Jun 04, 2023 | 05:30 AM



INTERAKSI beliau bersama pekerja migran hampir setiap hari telah menyedarkan Encik Faiz Roslan terhadap cabaran serta kesulitan yang dihadapi golongan ini.

Daripada perkongsian pekerja migran ini, beliau mendapati ada di kalangan mereka yang menghadapi cabaran seperti bergaji rendah, masa bekerja yang panjang, akses terhad kepada sistem sokongan sosial, kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru serta isu berkaitan dengan keadaan tempat tinggal mereka.

Bersimpati dengan nasib pekerja migran ini, Encik Faiz, mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu bagi meringankan lagi beban golongan pekerja ini yang telah banyak berbakti kepada negara ini menerusi sebuah perusahaan sosial – F-Fry.

“Saya terdorong untuk menubuhkan F-FRY selepas mendengar dan menyaksikan perkara yang perlu dihadapi oleh pekerja migran yang bergaji rendah di sini.

“Pekerja ini juga sering dibelenggu dengan masalah keadaan hidup yang mencabar.

“Sejak kecil, ibu saya sentiasa mengajar saya untuk berkongsi makanan terutamanya dengan pekerja migran ini kerana datang jauh dari negara lain untuk mencari rezeki di sini,” kata pengasas bersama perusahaan sosial itu.

F-FRY ditubuhkan pada 2020 dengan misi untuk menyediakan dapur sosial yang menawarkan makanan halal kepada pekerja migran ini, dan dalam masa yang sama memastikan mereka mempunyai akses kepada makanan berkualiti daripada sumbangan masyarakat besar.

Daya usaha ini bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif di mana pekerja migran dihargai dan kesejahteraan mereka diutamakan.

Menerusi F-Fry, yang mempunyai sebuah dapur utama di Sungei Tengah Lodge, ia juga diharapkan dapat menjadi jambatan antara masyarakat dan pekerja migran melalui perkongsian makanan halal.

Encik Faiz, 30 tahun, yang juga bekerja sebagai pengurus operasi di sebuah firma logistik tempatan, F3, akur bahawa beliau juga menghadapi cabaran ketika menubuhkan F-Fry terutamanya semasa tempoh pandemik, Covid-19.

Cabaran ini termasuk sumber yang terhad, mencari ruang dapur yang sesuai dan merekrut sukarelawan.

Bagi mengatasi cabaran ini, beliau telah menghubungi organisasi kemasyarakatan setempat, mendekati individu yang berkongsi visi yang sama, dan memanfaatkan media sosial untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul sokongan.

Encik Faiz percaya bahawa “membina rangkaian yang kukuh dan bekerjasama dengan orang lain yang bersemangat untuk menyokong pekerja asing adalah penting dalam menangani cabaran ini”.







F-FRY telah menganjurkan pelbagai acara dan program untuk pekerja migran antaranya kempen #RamadhanWithBhaiya di mana mereka menyediakan juadah iftar sepanjang Ramadan, bukan sahaja kepada mereka yang beragama Islam, malah juga kepada mereka yang mempunyai kepercayaan agama yang lain.

Buat tahun ketiga berturut-turut, F-Fry, dengan kerjasama Al-Qaswa Travel & Tours, juga sedang menjalankan kempen korban bertujuan untuk menyediakan daging kambing korban yang berkualiti tinggi dari Australia, untuk pekerja migran di sini.

Pakej yang ditawarkan memberi peluang kepada sohibul korban untuk menyumbang sepertiga daripada daging korban mereka kepada golongan pekerja migran.

Di samping itu, mereka juga telah bekerjasama dengan agensi pemerintah seperti Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), organisasi bukan keuntungan lain dan rakan kongsi masyarakat untuk meluaskan lagi jangkauan bantuan kepada pekerja migran ini.

“Kerjasama ini amat penting dalam meluaskan jangkauan kami, mengakses sumber dan menyokong hak dan kesejahteraan pekerja asing,” kata Encik Faiz lagi.

Mengongsi tentang perancangan masa hadapan mereka, Encik Faiz berharap dapat mengembangkan lagi daya usaha mereka ini ke dormitori lain di serata negara agar dapat menjangkau dan mendekati populasi pekerja migran bergaji rendah yang lebih besar.

“Kami berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak dapur sosial, membangunkan perkongsian yang mampan dan meningkatkan kapasiti kami agar apat meluaskan lagi khidmat kami kepada mereka yang memerlukan.

“Selain itu, kami berusaha untuk melaksanakan program dan inisiatif pembangunan kemahiran yang memperkasakan pekerja migran, mempromosikan kesejahteraan mereka dan mewujudkan laluan untuk pembangunan peribadi dan integrasi mereka ke dalam masyarakat di sini.

“Kami juga merancang untuk membuka dapur pusat utama yang besar mungkin di tengah-tengah bandar seperti di Little India, di mana kami boleh mendekati lebih ramai pekerja migran.

“Ia juga akan menjadi ruang bersepadu di mana pekerja tempatan dan migran dapat bergaul seperti mengadakan kelas memasak dan mempelajari budaya antara satu sama lain,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >