Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tuduhan buli pekerja: Pengasas bersama syarikat penerbitan media minta maaf kerana guna kata kesat

Oct 13, 2021 | 09:04 PM



PENGASAS bersama dan ketua eksekutif syarikat penerbitan Night Owl Cinematics (NOC), Sylvia Chan, menjawab tuduhan individu tidak bernama bahawa dia mendera secara lisan dan membuli pekerjanya lantas mewujudkan budaya kerja tidak sihat dalam syarikat tersebut yang dikenali dalam saluran YouTube, Ryan Sylvia. 



Wanita 33 tahun itu meminta maaf dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (13 Oktober) dan mengesahkan bahawa dia "tidak memenuhi jangkaan orang terhadapnya". Dia juga akan dikeluarkan daripada barisan artis NOC.



Katanya: "Apabila diimbas semula, luahan kata-kata saya mungkin kelihatan kasar. Bagaimanapun, tiada hasrat saya untuk menyinggung perasaan sesiapa. Saya akan belajar untuk lebih peka dengan pemilihan kata-kata saya. Memandang ke depan, saya akan lebih berhati-hati dan memaparkan tingkah laku yang lebih baik."



Chan menambah bahawa "rasa malu terbesarnya" adalah kegagalan menyediakan ruang selamat buat orang sekeliling memberikan maklum balas.



"Saya selalu merasakan seorang pemimpin harus tegas dan saya kini menyedari bahawa saya mungkin terlalu tegas dengan orang lain menganggap saya tidak baik dan bersikap kurang ajar."



Dia berharap penonton akan terus menyokong kerja seni pasukan NOC.



"Saya sedih jika perwatakan baik dan kerja cemerlang pasukan-pasukan saya kini terjejas kerana perbuatan masa lalu saya," tambahnya.



Satu akaun Instagram tidak bernama @sgcickenrice memuatnaikkan pos dua minggu lalu, pesanan teks dan rakaman audio yang mendakwa Chan memarahi pekerjanya dengan menggunakan bahasa kesat. Dia juga dikatakan secara sengaja menggunakan kata-kata makian dengan merujuk pada salah satu bakat NOC, Samantha Tan.



Dalam kenyataannya, Chan menjelaskan Tan telah mengambil bahagian dalam peraduan realiti anjuran NOC, yang menyediakan kontrak sepenuh masa dengan syarikat itu sebagai hadiah utama. Tan selanjutnya memenangi peraduan itu tetapi Chan mendapat tahu bahawa Tan tidak boleh menandatangani kontrak itu kerana dia terikat bon tiga tahun bersama agensi pemerintah.



Chan mengaku: "Saya melontar kemarahan saya kepada rakan sekerja saya di balik tabir dalam perbualan peribadi bersama mereka."



Namun, dia menambah bahawa dia dan Tan sudah berdamai. Apabila dihubungi The Straits Times, Tan enggan mengulas.



NOC sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Instagram sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai satu percubaan besar untuk menjejaskan imej awam dan reputasi NOC dan pekerjanya. Ia menambah hantaran yang tersebar mengambil cebisan komunikasi abstrak antara individu tertentu bagi menggambarkan situasi yang negatif.



Syarikat penerbitan media ini menggerakkan salah satu saluran terbesar YouTube, dengan lebih sejuta pengguna melangganinya. Ia dikenali kerana kandungan gaya hidup, sketsa komedi dan siri seperti 'Food King'.



NOC dimulakan oleh Chan dan bekas suaminya, Ryan Tan pada 2013. Kedua-duanya memuktamadkan proses cerai mereka tahun lalu.



Dalam respons kepada The Straits Times, Tan berkata dia tidak akan mengulas kerana sudah meletakkan jawatan sebagai pengarah NOC awal tahun ini (2021) dan tidak lagi terlibat dalam pengurusannya. Dia bagaimanapun terus muncul dan menerbitkan video dalam saluran NOC.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >