SEORANG ahli perniagaan yang pada mulanya dituduh membunuh bapanya kini menghadapi tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.
Mark Tan Peng Liat, 29 tahun, didakwa di mahkamah Februari lalu kerana menyebabkan kematian bapanya yang berusia 67 tahun, mendiang Tan Kok Keng, di sebuah rumah sebandung di West Coast Rise pada 10 Februari lalu.