Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUNUHAN DI ORCHARD TOWERS

Tuduhan bunuh ke atas 3 lelaki ditarik balik

Jul 12, 2019 | 05:30 AM



TUDUHAN membunuh terhadap tiga lelaki yang didakwa terlibat dalam pembunuhan di Orchard Towers ditarik balik semalam.



Tuduhan terhadap Tan Hong Sheng, 22 tahun; Loo Boon Chong, 25 tahun; dan Chan Jia Xing, 26 tahun, ditukar kepada dakwaan bersubahat dengan seseorang yang membawa senjata di tempat awam.



Pihak yang dituduh tidak boleh didakwa lagi dengan kesalahan yang sama.



Namun, Hakim Daerah Terence Tay mengarahkan supaya tiga lelaki tersebut - yang digugurkan tuduhan membunuh - tidak diizin menghubungi tertuduh lain, rakan-rakan subahat mereka atau mana-mana saksi pihak pendakwa.



Tan dan Chan ditawarkan jaminan $25,000 manakala jaminan Loo ditetapkan pada $15,000.



Ketiga-tiga lelaki tersebut akan kembali ke mahkamah pada 1 Ogos.



Empat yang lain masih menghadapi tuduhan membunuh setiap seorang dan tiada jaminan ditawarkan.



Mereka adalah: Natalie Siow, 22 tahun; Tan Sen Yang, 27 tahun; Joel Tan; dan Ang Da Yuan, kededuanya 26 tahun.



Keempat-empat suspek dikenakan tuduhan atas kesalahan membunuh dengan niat.



Mereka didakwa berhimpun secara haram dengan niat untuk mencederakan Encik Satheesh Noel Gobidass, 31 tahun, dan menyebabkan kematiannya di pintu masuk Orchard Towers sekitar 6.30 pagi pada 2 Julai lalu.



Peguambela memberitahu hakim bahawa Loo tidak berisiko akan melarikan diri, dan dia pergi ke balai polis secara sukarela untuk membantu siasatan, dan dia akan dijamin oleh salah seorang daripada orang tuanya.



Pihak pendakwa berjaya dalam permohonannya supaya Tan Sen Yang ditahan reman kerana dia dipercayai terlibat dalam kesalahan-kesalahan lain, sementara Joel Tan dan Ang direman di Kompleks Perubatan Changi untuk menjalani penilaian psikiatrik.



Hakim Tay mengarahkan supaya Siow ditahan reman di Penjara Wanita Changi selama tiga minggu untuk menjalani penilaian psikiatrik.



Jika sabit kesalahan, suspek yang dikenakan tuduhan membunuh dengan niat boleh menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >