Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tuduhan ke atas 12 firma jagaan kesihatan yang didakwa bersekongkol dengan doktor tanpa pas kerja sah ditarik balik

Mar 04, 2022 | 04:06 PM



TUDUHAN buat 12 firma jagaan kesihatan yang didakwa bersekongkol dengan seorang doktor asing yang bekerja sendiri ditarik balik.



Awalnya, firma ini dikatakan  mendapatkan khidmat doktor itu untuk bekerja di klinik mereka sedangkan beliau tiada pas kerja yang sah.



Mahkamah telah memberi setiap syarikat ini pelepasan membawa pada pembebasan daripada tuduhan pada 22 Februari.



Ini bermakna mereka tidak akan dapat didakwa lagi dengan kesalahan yang sama.



Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memberitahu akhbar The Straits Times bahawa pendakwa raya telah mengarahkan tuduhan ke atas 12 firma ini ditarik balik menyusuli perwakilan pihak peguambela.



12 syarikat ini adalah:  Avermed, CMI Health Services, CMI Lifemed, Health 2.0, Healthway Medical Group, Ihealth, Silver Cross Healthcare, Prohealth Medical Group @ LRT Fernvale, My Family Clinic (Hougang Central), My Family Clinic (RV), My Family Clinic (TH) dan Pacific Family Clinic.



Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Pekerjaan Tenaga Manusia Asing antara 2011 dengan 2019.



Dr Queck Kian Kheng dinamakan dalam tuduhan itu.



Satu pencarian dalam talian bagi karyawan jagaan kesihatan berdaftar di Singapura menunjukkan Dr Queck lulus daripada universiti di Malaysia dan mempunyai pengkhususan neurologi.



Pencarian itu juga menunjukkan beliau bertugas di Pusat Neurologi KK Queck di Pusat Perubatan A, Hospital Mount Alvernia di Thomson Road.



Dalam kenyataannya, MOM berkata Dr Queck sebelum ini berdepan dengan tiga tuduhan bekerja tanpa pas kerja yang sah dan didenda $70,000 pada 24 Jun tahun lalu.



Lagi lima tuduhan serupa dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.



MOM memberitahu The Straits Times: “Sejak perbicaraan jenayah ke atas Dr Queck selesai, tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya berkenaan kesalahan ini.”

Hospital Mount Alvernia memberitahu The Straits Times Dr Queck memperolehi Sijil Pendaftaran Doktor Pakar dalam Neurologi daripada Majlis Perubatan Singapura (SMC) pada 2016.



Ia menambah, Dr Queck  adalah penduduk tetap Singapura sejak Ogos 2019 dengan kededua kliniknya dilesenkan Kementerian Kesihatan (MOH).



Bagi setiap tuduhan di bawah akta ini, seorang pesalah boleh didenda hingga $20,000.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >