Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tugas Adikung Kehormat satu peluang sumbang semula kepada negara

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



MENGHARGAI pelbagai peluang yang disediakan negara, Kapten Ahamed Ibrahim Ahamed Yusoff berasa ia menjadi tanggungjawab baginya untuk berkhidmat semula kepada negara.



Sebagai Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSman), beliau berasa besar hati masih diberi kesempatan membantu dalam acara-acara negara.



Baru-baru ini, beliau terlibat dalam operasi Hari Kebangsaan dan kagum melihat apa yang berlaku di balik tabir acara itu.



"Dengan penglibatan dalam acara berskala besar seperti itu, saya dapat menyaksikan usaha dan tenaga yang diperuntukkan dalam perancangan sambutan kebangsaan.



"Setiap individu memainkan peranan penting. Selain peranan yang ditugaskan, saya juga harus bersikap proaktif dan cepat bertindak mengikut keadaan," ujar karyawan pemasaran digital berusia 31 tahun itu.



Kapten Ibrahim adalah antara 102 Adikung Kehormat (HADC) yang dilantik Presiden Halimah Yacob di Istana kelmarin.



Beliau merupakan salah seorang daripada 23 individu yang baru dilantik bagi jawatan tersebut.



"Saya amat berbesar hati dan bangga dengan pelantikan ini kerana ia dapat memenuhi hasrat saya untuk menyumbang semula kepada masyarakat, selain menjalani Perkhidmatan Negara (NS)," kata Kapten Ibrahim.



Sebagai NSman dan HADC, Kapten Ibrahim memahami peranannya penting dalam memastikan acara-acara Pejabat Presiden berjalan lancar.



Selain tanggungjawab ketenteraan, Kapten Ibrahim juga akur adanya cabaran dalam mengimbangi antara pekerjaan sepenuh masanya dengan tugas tambahan sebagai HADC.



"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai sokongan kuat. Selain ibu bapa, saya juga menghargai sokongan isteri dan juga rakan-rakan kerja.



"Pemahaman mereka terhadap tugas saya ini membolehkan saya menguruskan masa dengan lebih berkesan," kongsinya.



HADC yang dilantik terdiri daripada pegawai yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura, Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura.



Sebagai HADC, mereka berkhidmat sekurang-kurangnya 60 jam setahun dalam dua tahun pertama, dan mulai tahun ketiga, berkhidmat sekurang-kurangnya 48 jam setiap tahun.



Dalam majlis jamuan malam penghargaan menyusuli upacara pelantikan itu, Presiden Halimah Yacob berkata: "Tahun lalu menyaksikan penyambungan semula acara-acara sedang Singapura beralih ke arah hidup dengan Covid-19.



"HADC telah menyesuaikan diri dengan cepat dan tegas terhadap perubahan dalam langkah-langkah pengurusan selamat, dengan ramai yang menawarkan masa dan perkhidmatan mereka untuk tugas tambahan ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >