Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tugas kerja pembersihan kini lebih mudah

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Abdul Aziz Maricar kini tidak lagi sibuk pergi dari meja ke meja untuk mengelapnya dan membersihkan sisa makanan pelanggan.



Tugas pekerja pembersihan di Pusat Penjaja Haig Road itu sekarang lebih mudah - beliau hanya perlu tunggu pelanggan meletak dulang dan pinggan mereka di tempat pengembaliannya, dan kemudian membantu menyusunnya serta meletakkannya di tong yang disediakan di depan gerai penjaja untuk dibasuh.



Ini kerana orang ramai perlu mematuhi peraturan membersihkan sisa makanan serta mengembalikan pinggan mangkuk dan dulang mereka sendiri di tempat letaknya selepas menjamu selera di pusat makanan dan pusat penjaja sejak 1 Jun lalu.



Semalam, langkah penguatkuasaan terhadap peraturan itu telah dimulakan dan mereka yang tidak mematuhinya akan diberi amaran atau didenda.



Ketika ditemui, Encik Abdul Aziz, 70 tahun berkata beliau mengalu-alukan langkah penguatkuasaan ini kerana ia memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelanggan tempatan.



"Tapi yang bikin susah orang tua kita dik," kata bapa lapan anak dan datuk tujuh cucu itu yang sudah bertugas di situ sejak sekitar sedekad lalu.



Pekerja syarikat Cosmic Maintenance and General Services itu meluahkan keprihatinan terhadap warga emas yang ternyata merupakan pelanggan majoriti di pusat penjaja tersebut dan menghadapi kesukaran mematuhi peraturan itu.



"Saya tengok mereka yang susah nak jalan angkat dulang sambil menggigil, kadang makanan tumpah, kita yang kena bersihkan untuk mereka," katanya.



"Nak simpati dengan mereka pun tak boleh sebab dekat sini kami pun diarahkan untuk tidak membersihkan meja pelanggan langsung jadi tiada alasan orang ramai tidak menyesuaikan diri dengan peraturan itu," tambahnya.



Selain itu, beliau memerhatikan ada pelanggan yang masih belum sedar akan peraturan itu.



Beliau berkata, ada beberapa pegawai sekitaran pagi semalam yang telah mengingatkan pelanggan untuk mengembalikan dulang dan membersihkan sisa makanan mereka sebelum meninggalkan meja.



Biarpun demikian, beliau akur bahawa langkah tersebut lebih baik buat jangka masa yang panjang, dari segi memupuk tabiat yang lebih prihatin terhadap pengguna meja dan pelanggan lain, kebersihan dan sekitaran tempat makan serta perniagaan para penjaja.



"Meja cepat bersih, pelanggan lagi cepat datang," kata Encik Abdul Aziz yang bekerja di situ lima hari setiap minggu dari 12 tengah hari hingga 9 malam.



"Kalau ada sisa dekat meja pula, burung akan datang dan itu boleh bawa penyakit. Sekarang meja lebih bersih, kita kawal mereka dari tempat letak dulang sini," tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >