PAKEJ GENERASI PERINTIS

Tugas mencabar Duta Generasi Perintis

Perlu mahir berinteraksi secara berkesan agar warga perintis selesa berbincang, mendengar dan memahami

TUGAS Encik Ibrahim Mohammad Ismail bukan setakat berkunjung ke rumah warga perintis sambil melatih mereka yang ingin menyalur bakti sebagai Duta Generasi Perintis.

Setelah 'dilamar' menjadi penyelaras program di Pejabat Generasi Perintis (PGO) Ang Mo Kio sejak November tahun lalu, beliau sedar bahawa bagi mendekati warga senja dan keluarga mereka seseorang perlu ada kemahiran komunikasi yang mendalam.