Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tugas pastikan kebersihan bazar Geylang Serai

Jun 02, 2019 | 05:30 AM



DENGAN fail dan iPad di tangan, Encik Norazalie Aziz, lebih dikenali sebagai Zalie berdiri di tengah-tengah bazar Geylang Serai dan meneliti sekelilingnya dengan tekun.



Encik Zalie yang berumur 49 tahun ini merupakan eksekutif kanan Pejabat Wilayah Timur (ERO) Agensi Makanan Singapura (SFA).



Beliau diberi tanggungjawab untuk memastikan yang pemegang stok berlesen mengekalkan kebersihan makanan dengan baik di bazar tersebut agar pelanggan dapat membeli makanan di sana tanpa perasaan was-was.



Dengan lebih daripada 150 gerai makanan di bazar bagi tahun ini, tugas Encik Zalie amat penting.



Tugas beliau bermula sebelum bazar dikerumuni ramai orang. Rangkaian yang baik dan kerjasama dengan penganjur Bazar Geylang Serai perlu agar beliau dapat merancang masa-masa pengawasannya dengan baik.



Beliau juga bekerja dengan agensi pemerintah yang lain seperti Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk memastikan yang pemegang lesen makanan tidak mengambil pengendali makanan yang tidak sah atau tidak berdaftar untuk bekerja di gerai mereka.



Pada tahun ini, tiada penangkapan terhadap pengendali makanan asing telah dibuat setakat ini.



"Perkara ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan penganjur dan pihak berkepentingan bazar Geylang," kata Encik Zalie.



Selepas sepuluh tahun berkecimpung dalam bidang pengawasan ini, Encik Zalie sudah mahir mengesan keadaan yang aspek kebersihan tidak dipatuhi.



Ada beberapa penyelewengan yang beliau perhatikan seperti meletak makanan di lantai, memegang makanan tanpa menggunakan sarung tangan dan makanan yang tidak diletak dalam tempat tertutup yang sepatutnya.



"Melalui pengalaman saya, ada beberapa petanda yang saya dapat pastikan, jika seseorang itu menggunakan pelitup muka dalam cuaca panas Singapura ini dan jika mereka asyik mengelak daripada CCTV," kata Encik Zalie lapor makalah digital SFA.



Meskipun begitu, beliau juga memberi pengiktirafan kepada pekedai yang telah memastikan yang gerai mereka berada di dalam keadaan yang terbaik. Beliau akan mengambil gambar dan berborak bersama pekerja dan menggalakkan mereka untuk amalkan kebaikan itu.



Tahun ini merupakan tahun ketiga di mana CCTV telah digunakan di bazar Geylang Serai. Dengan 60 CCTV yang ada di sana, Encik Zalie dan pasukannya dapat memantau gerai-gerai makanan dengan senang dari pejabat satelit SFA di Wisma Geylang Serai.



Selain daripada CCTV, 'bodycams' juga digunakan apabila beliau sedang menyelidik sebuah gerai ataupun sedang mengeluarkan saman. Rakaman yang diambil juga boleh digunakan semasa siasatan lanjut jika perlu.



Menurut Encik Zalie, beliau berpendapat bahawa Bazar Geylang Serai tahun ini lebih tersusun dan sistematik kerana penganjur iaitu Wisma Geylang Serai (WGS) telah berusaha untuk mewujudkan suasana yang meriah dan suasana yang sesuai untuk kunjungan masyarakat.



Melalui kerjasama antara WGS dan SFA, kebersihan di bazar Geylang telah meningkat dan bilangan penguatkuasaan telah menurun hampir 50% berbanding tahun lepas.



"Ini bermakna pemegang lesen makanan kini memahami pentingnya kebersihan makanan dan telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan yang mereka mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan." kata beliau.



Apabila ditanya, Encik Zalie mengatakan bahawa keyakinan diri merupakan sifat yang amat diperlukan dalam kerjanya.



Menurutnya lagi, bukan semua orang dapat pergi ke pemegang lesen makanan dan memberitahu dia bahawa dia telah melakukan kesalahan berkaitan dengan kebersihan makanan dan mungkin perlu disaman dengan senang.



"Jika pelanggan boleh makan dengan tenang fikiran, ia memberi saya lebih semangat untuk melakukan tugas saya dengan baik.



"Saya yakin bahawa bazar kini ada potensi untuk menjadi lebih baik, dari aspek kebersihan makanan atau aspek lain," kata Encik Zalie.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >