Tugas pegawai keselamatan tidak termasuk tukar bal lampu, siram pokok, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Tugas pegawai keselamatan tidak termasuk tukar bal lampu, siram pokok

Jul 22, 2021 | 05:30 AM

PEGAWAI keselamatan tidak sepatutnya diminta menukar bal lampu atau menyiram pokok, mahupun disuruh membeli makanan, mengambil surat atau barang penghantaran bagi penduduk, kata Persatuan Keselamatan Singapura (SAS).

Peranan mereka berkait dengan tugasan penting seperti membuat rondaan atau melindungi hartanah, memeriksa individu yang mahu memasuki lokasi tertentu dan mengawal lalu lintas, tambah persatuan itu dalam garis panduan industri yang mengandungi 36 halaman yang dikeluarkan semalam.

Meminta pegawai keselamatan melakukan tugasan yang melebihi tugas mereka boleh menjejas kesihatan mental mereka pada jangka panjang, kata pengerusi SAS Encik Raj Joshua Thomas semasa pelancaran garis panduan itu di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat.

"Adakalanya, penduduk kondominium atau ejen pengurusan meminta pegawai melakukan perkara seperti membetulkan penghalang tempat masuk, tukar bal lampu atau menggodek-godek kotak elektrik yang tidak berfungsi," kata Encik Thomas kepada wartawan selepas majlis pelancaran itu.

"Tugasan itu boleh menjadi sangat berbahaya dan sebenarnya memerlukan pakar profesional yang bertauliah untuk menguruskannya."

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Tetapi, pegawai keselamatan kadangkala melakukan tugasan tersebut, meskipun mereka tidak dilatih, apabila penduduk atau ejen pengurusan mendesak mereka.

"Ia boleh menjadi tugas yang sangat menekan. Mereka bertugas di barisan depan dan orang ramai datang kepada mereka untuk bermacam perkara setiap masa... Ia boleh menjejas kesejahteraan mereka," kata Encik Thomas.

Setiausaha eksekutif di Kesatuan Pekerja Keselamatan, Encik Steve Tan, mengatakan 25 peratus pegawai keselamatan telah diminta melaksanakan tugasan bukan berkait keselamatan, menurut satu tinjauan yang disertai 1,002 pegawai keselamatan.

Tinjauan itu dikendalikan dengan kerjasama Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura dan telah diterbitkan Mac tahun ini.

Tindakan sedemikian boleh menimbulkan akibat yang dapat jadi peyebab kemalangan, tambah Encik Tan.

Menteri Kanan Negara (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, ketika berucap di pelancaran itu, berkata keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah topik penting dalam industri keselamatan.

Beliau maklum bahawa terdapat sekitar 200 kemalangan yang berlaku setiap tahun dalam sektor itu.

Terutamanya, kejadian tergelincir, tersandung dan terjatuh yang menjadi penyumbang utama kepada kecederaan, yang naik daripada 40 peratus pada 2018 kepada hampir 60 peratus tahun lalu.

Beliau menggesa semua orang - daripada pengurusan ke atas hingga ke kakitangan keselamatan di barisan depan - untuk memainkan peranan menggalakkan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

"Pekerja keselamatan privet kita bekerja keras untuk memastikan kita dan orang tersayang kita selamat.

" Kita juga harus melakukan sedaya upaya kita untuk memastikan kesihatan dan keselamatan mereka supaya mereka juga dapat pulang ke rumah ke pangkuan orang tersayang mereka dengan selamat," tambah beliau.


"Pekerja keselamatan privet kita bekerja keras untuk memastikan kita dan orang tersayang kita selamat.
Kita juga harus melakukan sedaya upaya kita untuk memastikan kesihatan dan keselamatan mereka supaya mereka juga dapat pulang ke rumah ke pangkuan orang tersayang mereka dengan selamat."

- Menteri Kanan Negara (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map