TUGAS Pejabat Khidmat Sosial (SSO) sebagai pusat sehenti di estet HDB bagi menyelaras bantuan pemerintah dan masyarakat dengan lebih baik adalah penting namun tidak boleh dilakukan sendirian, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin.
Sebaliknya, orang ramai mempunyai cara untuk memberi sumbangan lebih besar, baik sebagai wakil akar umbi mahupun warga biasa, dalam mengenal pasti keperluan golongan memerlukan.