SEMASA menjalani perkhidmatan negara (NS) pada 2010 hingga 2012, Encik Mohamed Nazeem Amanullah tidak menjangka bahawa pelantikannya sebagai penjaga stor akan membentuk pengajian dan kerjayanya di hari muka.
Sebagai penjaga stor, beliau membantu melakukan tugas kerani yang merangkumi pelbagai aspek kewangan termasuk menguruskan senarai gaji, perakaunan dan kos perbelanjaan.