KORONAVIRUS
Tugasan doktor, pekerja dan pesakit dihadkan di sebuah hospital sahaja
Feb 13, 2020 | 05:30 AM
DOKTOR yang bertugas dalam sektor awam perlu mengehadkan tugasan mereka kepada hospital tunggal, sementara pesakit dan kakitangan sektor jagaan kesihatan juga perlu mengehadkan jumlah bangunan jagaan kesihatan yang dimasuki.
Kementerian Kesihatan (MOH) mengirimkan arahan ini kepada hospital awam dalam usaha mengurangkan risiko koronavirus COVID-19 berjangkit antara institusi kesihatan.